Ok. Saya rasa kebanyakkan semua orang dah pernah dengar tentang Charity ID ni atau dalam bahasa sopannya berbunyi “ID Penderma”.

Come on la melayu kita. Saya di sini berasa sangat sedih kerana yang menyertai program ini adalah kebanyakkan bangsa saya sendiri. Lapar sangat ke yang menyertai program ini?

Apa Itu Charity ID dan Kenapa Anda Perlu Menolaknya?

Apa itu Charity ID? Saya tak nak peningkan kepala anda. Saya berikan dalam bahasa yang mudah sahaja. Charity ID ni adalah program di mana ahli akan menderma sesama ahli.

Saya ulang sekali lagi. Program ini adalah program menderma sesama ahli yang menyertai Charity ID ni. Bukanya didermakan kepada anak yatim atau yang lebih memerlukan.

Ya Allah…

Mula-mula saya dengar nama Charity ID ni ingat ia sebuah program di mana ia membantu mengumpul derma untuk rakyat palestin ke, Iran ke. Rupanya tidak. Ia cuma berselindung dengan perkataan yang baik iaitu “Derma” dan derma itu sebenarnya disalurkan kepada ahli yang menyertai di BAWAHNYA.

Fahami Konsep Derma Yang Sebenar

Saya di sini bukanlah seorang ustaz yang dapat berikan segala hukum hakam, dan sebagainya. Jika betullah program ini bertepatan dengan konsep derma yang sebenar, adakah ia sama dengan maksud di bawah? Jom kita lihat apa konsep derma yang sebenar dalam Islam.

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak.

Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan.

Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid, surau, rumah anak yatim atau sebagainya.

Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut.

Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya,

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

Saya nak tanya secara jujur dan ikhlas kepada yang menyertai program ini. Adakah Charity ID ni bertepatan dengan konsep derma dalam islam?

Charity ID Sama Konsep Dengan Website Scam Ini

Untuk pengetahuan anda semua,konsep Charity ID ni sudah banyak yang ada dan kebanyakkan mereka ada Scam. Saya tidak katakan Charity ID ni scam, tetapi konsep nya 100% sama dengan website scam yang pernah dikesan sebelum ini.

Website tersebut adalah:

  1. Jobrize.com
  2. www.CashWeGo .com
  3. Pay4users .com
  4. Profitwoop .com
  5. Visitprofit .com
  6. FixMonthly .com
  7. Profitified .com
  8. JobTimelyInc .com

Kelapan-lapan website tersebut adalah scam dan konsepnya 100% sama dengan Charity ID di mana ahli yang menyertai di bawah ahli yang lain akan dapat duit (disebut derma) sedangkan produk tiada.

Tak percaya website yang saya senaraikan itu scam? Cuba google di blog orang putih. Anda baca dan di situ anda tahu samaada ia scam atau tidak.

Kesimpulan

Kepada semua, terutama bangsa saya sendiri, di sini saya merayu sangat-sangat supaya anda tidak menyertai program seperti ini. Jika betul anda anda ingin buat bisnes, buatlah bisnes yang betul-betul bisnes di mana ada produk dan keuntungan yang sebenar.

Sekali lagi saya ingin menjelaskan, buat masa ini Charity ID ni saya tidak claim sebagai scam kerana masih belum ada bukti, tetapi konsepnya sama seperti website-website scam yang saya beritahu di atas tadi. Jika anda nak menyertainya juga, anda boleh sertai. Saya tidak sekat. Fikir-fikirkanlah sendiri.

4,731 total views, 1 views today