Ramai yang takut nak mulakan bisnes. Ramai yang takut nak kenalkan bisnes sendiri kepada orang ramai. Ramai yang takut nak buat bisnes sebab tak yakin. Ramai yang takut nak buat bisnes sebab rasa diri belum sedia.

Kenapa semua ini boleh berlaku? Ini kerana pemikiran mereka mengatakan bahawa diri mereka masih belum sempurna nak buat bisnes.

Apa yang boleh saya nasihatkan kepada anda adalah, “Buat Dahulu, Sempurnakan Kemudian

“Buat Dahulu, Sempurnakan Kemudian”

Tentu ramai yang tidak faham apa kaitan “Buat Dahulu, Sempurnakan Kemudian” dengan bisnes. Apa kaitanya ya?

Dalam memulakan bisnes, anda tidak perlu tunggu diri anda telah cukup sempurna baru nak mulakan bisnes. Cukup sekadar timba ilmu sikit dan terus mulakan bisnes.

Semasa anda mulakan bisnes itulah adalah proses pembelajaran sebenar untuk anda sempurnakan lagi bisnes anda. Di mana anda rasa kurang, cuba perbaiki lagi.

Anda perlu ingat, mana-mana usahawan yang telah berjaya, mereka tidak tunggu diri mereka rasa sempurna baru nak mulakan bisnes. Apa yang mereka buat, mereka main hentam saja pada pertama kami dan dari situlah mereka melakukan proses pembelajaran.

Dari pertama kali kesilapan yang mereka buat, mereka akan terus perbaiki lagi sehingga bisnes mereka menjadi mantap.

Kisah Saya Dahulu

Sekadar buat perkongsian dengan anda. Antara model bisnes yang saya mula-mula terlibat adalah membina website dan juga blog. Percayalah bahawa saya adalah zero dalam bab bina website atau yang berkaitan dengan programming.

Apa yang saya buat, saya beranikan diri saya untuk ambil tempahan bina website atau blog walaupun pada masa itu saya tidak mahir dalam bisnes website ataupun blog.

Tetapi, lama-kelamaan saya perbaiki diri sendiri dan memberikan support kepada sesiapa yang pernah ambil servis bina website atau blog dengan saya.

Inilah yang saya katakan “Buat Dahulu, Sempurnakan Kemudian”

Semoga daripada perkongsian artikel ini, anda tidak ragu-ragu untuk mulakan bisnes pertama anda.

 

152 total views, 1 views today