Sesebuah website yang berjaya atau selalu yang menjadi pengujung ramai dan berulang adalah website yang laju ketika loading. Jika website anda perlahan, ini boleh menyebabkan orang yang berkunjung ke blog anda terus klik butang close kerana malas nak menunggu.

Website atau blog yang menunjukkan prestasi terbaik dari segi kelajuan juga akan meningkatkan rangking di Google. Inilah yang dikatakan sebuah website atau blog yang berjaya.

Adakah website atau blog anda mengalami masalah loading terlalu lambat? Teruskan membaca kerana saya akan berikan anda tips bagaimana nak atasi masalah ini.

Sebelum saya menunjukkan kepada anda tips untuk melajukkan sesebuah website atau blog, anda boleh semak terlebih dahulu kelajuan website anda dengan menggunakan servis seperti GTMetrix, YSlow dan Google PageSpeed Insights.

Ikuti tips yang berikut.

1. Memilih Hosting Yang Betul

Pemilihan hosting adalah antara tip pertama sebelum anda bina web wordpress anda. Pemilihan yang salah boleh menyebabkan website anda loading yang terlalu perlahan atau terlalu lembab.

Antara syarikat hosting yang saya cadangkan adalah dari NetKL dan SempoiHosting. Ini antara hosting yang saya cadangkan kepada anda di mana saya pernah ada pengalaman menggunakan servis hosting dari kedua-dua syarikat ini.

Walaubagaimanapun, sesebuah web wordpress yang lambat bukan salah daripada syarikat penyedia hosting juga tetapi ada beberapa lagi faktor lain yang perlu anda ketahui.

2. Pemilihan Tema Yang Berkualiti

Ramai yang tidak sedar pemilihan tema dan reka bentuk website memainkan peranan yang penting dalam memastikan sesebuah website itu laju ataupun tidak.

Ada tema bentuk yang menarik tetapi coding temanya sungguh teruk. Biasanya ia berlaku kepada tema yang percuma di mana boleh di dapati dengan mudah.

Jika anda nak memilih design, pastikan juga ia boleh dilayari dengan pelbagai peranti seperti desktop, tablets dan smartphone. Carian engin di google lebih memihak kepada tema yang mesra pelbagai peranti.

Untuk pemilihan tema yang berkualiti, laju serta mesra SEO, di sini saya rekomenkan kepada anda 3 sahaja website pilihan tema iaitu ThemeForest, Genesis Frame dan juga ElegantThemes. Antara yang direkodkan yang terbaik adalah tema dari ElegantThemes.

3. Pemilihan Plugin

Sebelum anda memasang plugin dalam wordpress anda, tanya dulu pada diri sendiri, “Perlu ke plugin ni?”

Plugin salah satu penyumbang terbesar kenapa sesebuah web wordpress itu menjadi perlahan. Jika anda memasang plugin tanpa buat semakan terlebih dahulu, isu-isu ini mungkin akan timbul.

Walaubagaimanapun, bilangan plugin yang dipasang bukan semuanya boleh melambatkan web wordpress anda. Yang menjadi masalah adalah kerana coding dalam plugin tersebut adalah teruk. Itulah puncanya. Bagaimana nak semak?

Satu plugin yang saya syorkan kepada anda adalah dengan mengunakan P3 Profiler. Plugin ini telah di bangunkan oleh GoDaddy untuk menunjukkan dengan tepat plugin yang bermasalah dalam web wordpress anda. Pecahan ini diberikan untuk memaparkan dengan lebih tepat berapa banyak beban setiap plugin yang di pasang. Ia adalah cara yang paling berkesan untuk melihat apa plugin melambatkan laman web anda.

4. Kosongkan Bahagian “Trash”

Yang ni lagi satu ramai orang yang tidak nampak di mana boleh menyebabkan web wordpress tersebut menjadi lambat atau perlahan.

“Trash” sistem ni telah ada sejak WordPress versi ke 2.9. Apabila kandungan dipadam, sama ada komen, pos, halaman, media dan lain-lain, ia dihantar ke “trash”. Dari sini, kandungan samaada boleh dipulihkan atau dipadam secara kekal. Ia adalah sistem “BackUp” yang membantu anda pulih apa-apa yang telah dipadam secara tidak sengaja.

Untuk default, sistem wordpress telah setkan di mana selama 30 hari isi kandungan berada dalam “trash”, ia akan di lupuskan secara automatik. Jika anda nak kurangkan hari ia dilupuskan, boleh tambah coding berikut ke dalam ke dalam file wp-config.php.

define ('EMPTY_TRASH_DAYS', 7);

Atau anda juga boleh lupuskan ia serta merta dengan menambahkan koding berikut ke dalam file wp-config.php.

define ('EMPTY_TRASH_DAYS', 0);

5. Kurangkan Post Revision, Draf, SPAM, PingBacks dan Trackbacks.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Post Revision, draf, SPAM, pingbacks dan trackbacks boleh meningkatkan saiz pangkalan data. Walaupun ia dilihat kecil saiznya, jika dikumpul akan menjadi banyak juga. Jadi ia penting untuk anda hapuskan komen, draft, pingbacks dan post revision yang tidak berkaitan.

Anda juga mesti ambil cakna dengan dengan bilangan draf dan juga post revision yang tersimpan. Sistem Post Revision WordPress membenarkan anda untuk melihat artikel post yang lama dan restore kembali jika perlu. Adakah anda rasa ia perlu atau tidak?

Tambahan pula, ia adalah sistem autosave. Selama beberapa minit, ia akan di simpan jika anda ada buat perubahan pada artikel tersebut walaupun tanpa klik update. Ini akan menambahkan lagi bilangan artikel yang sama di simpan dalam database. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan saiz.

Boleh anda bayangkan peningkatan penggunaan saiz dalam database hosting anda?

Secara default, sistem wordpress akan menyimpan revision sehingga tiada had limitnya. Secara umumnya, perkara ini sebenarnya tidak diperlukan di dalam sesebuah wordpress. Ia mungkin akan menjadi lebih baik jika ia hanya simpan sehingga 2 atau 3 revison sahaja.

Caranya, anda boleh buat perkara berikut. Tambahkan coding di bawah di dalam file wp-config.php

define( ‘WP_POST_REVISIONS’, 3 );

Cara alternatif yang lain, anda boleh gunakan plugin WP Optimize untuk membersihkan database wordpress anda dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Plugin ini akan dapat membersihkan secara automatik seperti komen spam, auto-draf, trackback dan lain-lain lagi. WP-DBmanager juga adalah bagus untuk penyelesaian masalah ini.

6. Optimasikan Gambar Untuk Web

Penggunaan gambar dalam web adalah satu daya tarikkan yang bagus untuk pelawat. Namun penggunaan gambar yang banyak dalam sesebuah website boleh menyebabkan ia lambat untuk loading. 

Tetapi ada caranya. Anda boleh optimasikan gambar tersebut dengan mengecilkan saiz gambar, elakkan penggunaan gambar animasi yang keterlaluan, dan ketahui format gambar yang sesuai. Untuk gambar yang bersaiz kecil seperti butang ia sesuai dalam format gif manakala gambar yang real foto seperti gambar anda sendiri ia lebih sesuai dalam format jpeg.

Tips yang paling penting dalam penggunaan gambar adalah jangan gunakan gambar sebagai background web anda. Kebiasaanya, gambar background adalah bersaiz besar dan ini boleh menyebabkan web wordpress anda lambat untuk loading.

Dalam optimasikan penggunaan gambar ini, plugin WP Smushit mampu untuk anda atasi masalah ini.

7. Membolehkan Gzip Compression

Saya tahu yang ni ramai yang tidak tahu tentang Gzip Compression. Fungsi Gzip Compressin ini adalah untuk memampatkan saiz web sehingga 70% sama seperti yang asal. Ini bertujuan untuk mengurangkan saiz web wordpress.

Jika anda nak lebih faham, ia adalah seperti fungsi .rar dan .zip untuk kecilkan saiz folder di komputer.

Untuk setting, anda boleh pergi ke www.websiteanda.com/wp-admin/options.php. Lepas itu anda cari “gzipcompression” dan tukarkan ia dari “0” ke “1”.

Keseluruhan

Untuk bahagian satu tips melajukan website wordpress setakat ini dahulu perkongsian saya. Ini adalah antara yang saya belajar bagaimana cara nak melajukan web wordpress.

Untuk bahagian dua dan yang seterusnya, banyak lagi saya nak kongsikan kepada anda bagaimana nak melajukan web wordpress ni.

Saya tahu ada yang anda tak tahu dan tahu. Ada juga perkongsian yang saya berikan anda boleh ikut dan tak boleh ikut. Apa yang boleh ikut, ikut saja.

Sekian dulu. Jika ada penambahan apa-apa, sila tinggalkan komen di bawah.

2,361 total views, 2 views today