5 Tips dan Tricks Whatsapp Yang Menarik | Whatsapp (asal dari Eropah) merupakan salah satu applikasi yang paling popular pada masa kini dan ia telahpun menyaingi applikasi yang hampir sama iaitu WeChat (asal dari China). Tambahan pula, baru-baru ini Whatsapp digemparkan dengan berita bahawa Facebook telah membelinya dengan harga USD19 Billion.

Tentu rasa mudah jemu jika anda tahu Whatsapp ni hanya untuk chatting saja tanpa tahu fungsi yang lain. Jom lihat tips dan tricks yang lain di mana anda boleh discover lebih lagi dalam Whatsapp ni.

1. Dapatkan Notifikasi Whatsapp dari Dekstop

Kadang-kadang masa yang ada, anda tidak sempat pun nak melihat telefon. Jika anda tidak mahu tertinggal pun sebarang notifikasi dari Whatsapp semasa menggunakan komputer, anda boleh memasang applikasi  Desktop Notification daripada Google Play.

2. Dapatkan Statistik Mesej Dari Android

Perkara ini mungkin akan menarik minat anda jika anda ini adalah seorang yang suka mengkaji statistik. WhatStat akan menyediakan maklumat seperti bilangan rakan anda, rakan anda yang paling aktif menghantar sms, bilangan group yang anda sertai, masa paling aktif perbualan di antara group dan banyak lagi.

3. “Whatsapp Chat Head” Pada Android

Salah satu ciri menarik pada Facebook Messenger adalah “Chat Head”. Ini akan memudahkan untuk anda berchatting dengan ramai orang dalam satu-satu masa. Tetapi sebenarnya whatsapp pun boleh buat perkara yang sama. Anda boleh install Whatsapp HeadChat.

4. Memasang WhatsApp Pada Android Tablet

Whatsapp hanya boleh dipasang pada telefon, bukannya pada tablet. Walaupun begitu, ada triksnya tersendiri untuk memasang pada tablet. Pertama anda perlu mendapatkan versi terkini WhatsApp .apk. Layari laman website rasmi Chrome atau Mozilla untuk meminta versi di mana ia membenarkan anda untuk download .apk.

Kemudian download SRT AppGuard. Pasang kedua-duanya sekali.

5. Tukar Nombor Telefon WhatsApp

Jika anda menukar simkad yang baru pada telefon yang sama, sudah tentunya WhatsApp akan bertukar nombor yang lain. Jadi anda tidak perlu uninstall dan intall balik WhatsApp kerana mungkin ini perkara yang agak leceh.

Caranya anda boleh setting sendiri nombor WhatsApp baru anda dengan cara berikut.

Pergi Setting >>> Account >>> Change Number. Masukkan nombor lama anda pada bahagian atas dan kemudian nombor yang baru pada bahagian bawah. Kemudian klik DONE. Verify nombor telefon anda dan selepas itu Chat History, groups, akan berpindah ke nombor yang lama.

Untuk bahagian 1, ini setakat ini dahulu perkongsian saya kerana banyak lagi trik dan tips yang anda boleh lakukan pada WhatsApp ni.

Sekian.

22,070 total views, 1 views today