Dalam keadaan ekonomi sekarang ni yang agak terdesak, ramai juga yang saya lihat yang cuba mencari peluang untuk tambah pendapatan. Ada yang berniaga sambil makan gaji, ada yang buka kelas tuisyen sendiri, ada yang jadi agen itu ini. Ini semua boleh tambah pendapatan jika kita rajin mencarinya.

Walaupun kita sudah mendengar pembentangan bajet 2016, sebenarnya ia tidak membantu banyak pihak yang tidak bekerja di sektor kerajaan. Walaupun gaji naik, elaun naik, percayalah, cukai pun banyak yang akan naik. Nak tak nak kenalah juga cuba cari pendapatan sendiri.

5 Idea Cara Tambah Pendapatan

Kali ini saya kongsikan kepada anda 5 Idea Cara Tambah Pendapatan. Lepas anda habis baca, anda bolehlah buat kira-kira yang mana lebih sesuai untuk anda tambah pendapatan.

#1. Bisnes Aiskrim

Dulu, saya lihat penjual aiskrim ni macam tiada masa depan. Yelah. Jual aiskrim guna basikal buruk, motor buruk je nak jaja aiskrim tu. Padahal hakikatnya ramai diantara mereka yang berjaya sampai boleh beli tanah dan kereta secara cash. Tidak dinafikan lagi.

Panduan Buat Bisnes Aiskrim

Saya akan tulis mengenainya lebih lanjut lagi dalam artikel akan datang.

#2. Bisnes Fotografi

Bisnes fotografi bagi saya bisnes yang paling sesuai untuk semua peringkat. Apa yang anda perlukan adalah sebuah kamera dan beberapa peralatan lain. Tapi bisnes ni anda perlu lebih kreatif dan lebih berseni. Modalnya pula lebih kurang RM10 ribu untuk peralatan kamera. Tapi percayalah. Binses ni lebih enjoy.

Panduan Bust BIsnes Fotografi

Saya akan huraikan dengan lebih lanjut lagi dalam artikel akan datang.

#3. Bisnes Burger

Sudah ramai kalau kita lihat yang berjaya dalam bisnes burger ni. Salah satu contohnya adalah burger bakar abang burn. Sehingga mereka boleh membuka banyak cawangan. Hasil dan produk utamanya adalah burger. Tapi kalau kita lihat sendiri, mereka ni kreatif dalam menghasilkan burger. Kalau pelanggan melihat burger mereka, sampai meleleh-leleh air liur dibuatnya.

Nak buat bisnes burger ni pun banyak step dia juga. Jangan main hentam kromo je. Bahaya.

Panduan Mulakan Bisnes Burger

Saya akan tulis mengenainya lebih lanjut lagi dalam artikel akan datang.

#4. Bisnes Jual Servis

Bagi saya bisnes ni paling syok. Mula-mula saya buat bisnes adalah saya menawarkan servis. Modal tak perlu. Cuma perlukan kemahiran. Sebagai contoh jual servis ni adalah design banner, servis menulis, servis terjemahan, servis lukis-lukis, servis bina logo, servis bina website dan bermacam-macam lagi.

Tawarkan Servis Anda Di Sini

Saya akan tulis mengenainya lebih lanjut lagi dalam artikel akan datang.

#5. Agen Hartanah

Kini ramai juga yang mencari pendapatan sampingan dengan menjadi agen takaful dan agen hartanah. Jika dilihat dari segi peluang, agen hartanah lebih banyak peluang. Walaupun hartanah lebih mahal, permintaan di pasaran sangat banyak. Ramai orang yang ingin beli tanah ni.

Panduan Menjadi Agen Hartanah

Saya akan tulis mengenainya lebih lanjut lagi dalam artikel akan datang.

Semoga apa yang saya tulis ini, bolehla anda buat list sekarang dan cari kelebihan anda di mana anda boleh serta mampu lakukannya. Ini baru sebahagian idea tambah pendapatan. Sebenarnya ia banyak lagi.

Semoga bermanfaat.

11,974 total views, 1 views today