Dalam dunia bisnes, kita boleh melakukan dan menjalankan bisnes seorang diri tetapi kita tidak boleh melakukan jika tiada sifu atau guru dalam bidang bisnes yang kita ceburi.

Anda perlulah mencari sifu-sifu anda yang sesuai dalam bidang bisnes masing-masing supaya ada orang yang dapat membimbing anda.

Berikut adalah senarai yang saya ambil dari salah seorang sahabat saya di Facebook. Jom baca hasil penulisannya.

1. Tuan Ikram Al-Banjari

Kita bila buat bisnes mesti ada masa rasa down.

Kenapa?

Yelah. Bukan semua yang kita buat menjadi. Dari 10 mungkin 2 je menjadi.Yang lain suam-suam kuku. Ada juga yang terus membeku. Tapi bila saya baca celoteh ikram di FB ni, dia kasi hangat balik hati. Kasi bakar itu semangat. Dari down terus up, up and away! Perkongsian dia dari hati. Bukan semua orang boleh buat. Nak belajar daripada usahawan jalanan? Dialah orangnya.

2. Tuan Bukhari Ramli

Hati mau kering. Itu je saya nak bagi tau kalau anda nak follow bukh ni. Tapi percayalah. Amat-amat berbaloi anda keringkan hati tu. Apa yang bukh sembang pasal bisnes, jarang orang lain sembang. Kalau anda nak benda hype, jangan follow dia. Dia akan tarik anda balik berpijak di bumi bisnes yang nyata. Uruskan benda asas dalam bisnes sebelum anda nak melompat tangkap bintang. Dia pakar strategi bisnes. Follow dia kalau anda nak bina bisnes yang lestari dan bukan sekadar duit tepi.

3. Tuan Faisal Abdullah

Saya follow faisal sejak zaman kegemilangan DVD STP. Pastu tau dia tinggal PJ dekat je dengan rumah saya. So selalu lah jumpa. Dia yang menyebabkan saya terjebak dengan FB Ads. Sebelum ni tak reti pun. Satu benda yang saya sangat kagum dia boleh bina tim yang ahlinya bersepah 1 Malaysia. Bila ada event tim ni akan bergabung meletup dan dapat bekerjasama dengan baik. Bukan semua orang boleh urus tim secara remote macam ni.

4. Tuan Aqif Azizan

Pertama kali saya jumpa aqif masa di pejabat tuan Adly Mukhtar . Tak taulah dia ingat ke tak. Kalau anda tengok FB dia setiap 2-3 jam akan ada free sharing. Kebanyakannya tentang content marketing. Saya tak tau siapa lagi yang banyak gila bagi free sharing macam aqif ni. Yang terkial-kial tak tau nak menulis untuk marketing, eloklah follow dia rapat. Saya sendiri pun banyak belajar menulis dari dia.

5. Tuan Hafiz Mansor

Mamat ni pernah bankrup tapi kaya balik dalam tempoh 6 bulan. Kalau tak percaya anda pergi baca buku dia. Kalau tak percaya lagi pergi lah jumpa dia. Dia kalau sembang memang kencang. Tapi berbaloi beb untuk didengar. Anda amik cerita kejatuhan dia untuk dijadikan sempadan. Jangan buat kesilapan yang dia buat.

Lepas tu anda belajar bagaimana dia boleh bangkit balik. Sangat memberi inspirasi. Silap hari bulan boleh meleleh air mata dengar cerita dia. Oh ye. Kebanyakan sharing dia hanya sesuai untuk orang yang dah akhil baligh. haha

6. Tuan Al Irfan Jani

Terus-terang saya pernah jumpa dia sekali je. Masa seminar ejen Puan Norsahida Mohamad Said. Tapi saya hampir setiap hari jumpa dia di FB. Yelah dah hari-hari baca apa yang dia share kan. Irfan ni memang pakar storytelling marketing. Dia boleh bercerita tentang sesuatu dari sudut yang anda tak sangka-sangka dan jadikan perkongsian tu sangat menarik. Kalau marketing anda tak menarik, siapa nak beri perhatian?

7. Tuan Muhamad Suffian Salahudin

Anda tak pandai sales? Haa ini guru dia. Banyak dah bisnes yang dia kasi up sales. Sejujurnya saya tak pernah pergi kelas dia ke, beli ebook dia ke dan yang sewaktu dengannya. Tapi kalau anda nak tau, apa yang dia share free-free tu je dah cukup nak bagi sales melonjak. Tinggal anda nak hargai dan buat ke tidak free sharing dia tu.

8. Tuan Hasbul ‘Ariff

Sebenarnya hasbul ni saya baru follow rapat mula tahun ni. Sebab saya tengok dia makin galak bagi sharing bisnes untuk SME yang umph! Kalau bisnes anda masih kecil dan nak jadikan besar, jom follow dia sama-sama dengan saya. Saya kenal adik dia Hasbul Aqill lama dah. Sebab dulu saya pernah mununtut ilmu lutut bertemu lutut dengan dia.

Dengan hasbul ariff rasanya saya tak pernah jumpa dia bertentang mata. Belum ada rezeki.

9. Tuan Izwan Robotys

Ini orang lama dunia maya malaya. Saya muda-muda dulu nak buat blog apa semua banyak rujuk blog dia lah. Dulu saya pakai nickname apa tah. Superb ke apa tak ingat. Time tu dok melepak kat forum Terato. Sekarang takde dah nak sharing langkah demi langkah bina blog. Dia sembang bisnes je. Saye sendiri pernah baca ebook dia Nota Bisnes. Dia boleh mudah dan ringkaskan benda yang complicated dalam bisnes.

10. Tuan Firdaus Yasin

Nak belajar buat networking bisnes? Ini orangnya. Siapa je dia tak kenal? Siapa je dia tak pernah bergesel bahu, peha semua? Satu benda yang saya kagum dengan firdaus, muka dia memang tembok sangat. Dia tak malu untuk jumpa sesiapa untuk belajar. Dia langgar je janji dapat apa dia nak. Kalau kita ni pemalu, memang susah la nak buat bisnes. Dia bagi saya adalah seorang selebriti bisnes. Punyalah selebriti sampai Mira Filzah pun amik dia jadi Presiden Kelab Peminat Mira Filzah.

So itulah 10 orang hero bisnes yang berbaloi untuk anda follow rapat di FB. Sebenarnya ramai je lagi. Tapi saya sendiri tak larat la nak follow ramai-ramai. Dapat follow 10 orang ni dulu pun dah okay.

Nanti ada masa saya share siapa lagi yang saya follow rapat di FB ni. Hero bisnes yang lain jangan touching.Anda tengoklah apa yang diorang share kat FB masing-masing. Kalau rasa berbaloi dan berguna untuk bisnes anda, follow lah.

1,727 total views, 2 views today

Source :

FB Umar Taib