Justify Post – Adakah Ia Bagus Untuk SEO?

12

Justify post, menjadikan artikel lebih tersusun dan sedap mata memandang. Fungsi ini akan menampakkan artikel lebih menarik susunannya sebenarnya. Itu saja fungsinya.

Baru-baru ini, pihak wordpress telah melancarkan wordpress versi 4.7 di mana fungsi justify ini tidak lagi kelihatan pada tool editor wordpress. Ianya hanya ada pada fungsi short cut sahaja. Jika anda ingin menggunakan fungsi justify, anda boleh guna shortcut berikut (SHIF+ALT+J).

Nampak tak fungsi ini sebenarnya kurang “penting” di mata pihak wordpress sendiri. Sebab itu pihak wordpress hide fungsi ini pada tool editor wordpress.

justify post

Justify Post

Justify Post – Adakah Ia Bagus Untuk SEO?

Satu kesilapan besar yang saya lakukan apabila menggunakan fungsi justtify ini pada post-post saya yang lepas dalam blog. Sebenarnya, fungsi justify ini kurang bagus untuk SEO kerana ia akan mengubah struktur ayat dalam post kita.

Contoh:

Struktur post original adalah seperti berikut

Saya nak makan nasi

Apabila anda menggunakan fungsi justify, struktur post anda akan menjadi

<p style=”text-align: justify;”>Saya nak makan nasi

Dah lihat bagaimana ia mengubah struktur dalam post? Saya difahamkan, keyword dihadapannya sepatutnya “Saya nak makan nasi” telah di tukargantikan dengan perkataan “<p style =…” dan ini menyebabkan kurang mesra SEO.

Saya post perkara ini setelah baca dalam blog-blog pro blogger dari luar negara bahawa fungsi justify tidak bagus untuk digunakan jika anda ingin optimise dalam SEO.

Jika anda ingin menulis post, kekalkan ia original dan gunakan fungsi bold yang tidak keterlaluan pada keyword utama.

698 total views, 4 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

12 Comments

  1. Jika suka untuk gunapakai justify jangan buat secara manual pada setiap perenggan dengan memasukkan inline style seperti contoh di atas, nanti akan datang susah untuk tukarkan satu persatu, kena delete pada setiap post. Apabila tukar tema dan sebagainya, kemudian rasa hendak tukarkan kembali banyak kerja kena buat.

    Cara yang betul ialah edit CSS pada child theme, lihat kepada single post gunakan elemen apa untuk tentukan text-align.

    Contoh untuk blog ini:


    .post-content p{text-align:justify}

    Semua artikel akan berubah kepada justify selepas itu, beginilah cara yang betul.
    Adi Azudin telah update artikel…Kerja dari rumah dengan iLancee sebagai alternatif jana pendapatan tambahanMy Profile

    • Justify selalunya kelihatan tidak menarik pada paparan mobile, anda sedia maklum skrin smartphone bukannya besar seperti desktop/laptop. Melalui CSS boleh tetapkan supaya hanya nampak justify pada desktop dan tablet sahaja tetapi pada mobile nampak left.

      Edit kod contoh atas tadi seperti ini:


      .post-content p{text-align:justify}
      @media only screen and (max-width:425px){.post-content p{text-align:left}}

Leave A Reply

CommentLuv badge