Buat Bisnes Online Tapi Belum Ada Website? Jangan Buat Sampai Customer Hilang

6

Ya. Rakyat di negara Malaysia ni masih lagi “buta” tentang kelebihan ada website sendiri untuk bisnes. Tambah-tambah yang baru mulakan bisnes. Buat bisnes online tapi tak ada website adalah perkara yang akan merugikan diri anda sendiri.

Wajib ke ada kedai online kalau nak buat bisnes online?

Jawapannya adalah, tidak wajib. Ramai je yang dah jadi jutawan sebelum ini hanya buat sales di facebook tanpa kedai online.

Baguslah. Itu rezeki dia.

Izinkan saya bertanya kepada anda pula. Cuba anda berfikir secara logik dan rasional.

Kalau anda menjual secara konvensional iaitu secara offline, anda nak buka kedai atau tidak? Kiosk ke atau apa-apa saja yang boleh anda letakkan barang anda untuk dipamerkan.

Mestilah kena ada kan?

Gadis yang jual nasi lemak anak dara tu pun ada buka gerai kecil untuk pamerkan nasi lemak yang beliau jual.

Dalam dunia online pun samalah. Istilah lebih kurang. Anda nak tak nak, kena buka satu website/kedai online untuk pamerkan apa yang bisnes anda buat. Barulah bisnes anda boleh kekal lama dan boleh pergi jauh.

Kelebihan Ada Website Untuk Bisnes

Di sini saya senaraikan beberapa kelebihan yang ada jika anda mempunyai website untuk bisnes anda sendiri.

  1. Boleh dilayari seluruh dunia tanpa sempadan.
  2. Bisnes anda boleh jadi auto. Orang akan buat pembayaran secara online saja walaupun anda sedang tidur. Bagun tu anda boleh hantar barang.
  3. Anda tak perlu nak ulangi apa yang anda jual. Terangkan saja di website dan orang akan baca apa bisnes anda.
  4. Website akan beroperasi selama 24/7 tanpa henti sehingga anda padam website.
  5. Boleh kurangkan dan jimatkan masa anda.
  6. Bisnes anda boleh pergi lebih jauh.
  7. Orang akan lebih yakin pada bisnes anda.

Siapa Perlukan Website?

Sesiapa sahaja yang menjalankan bisnes. Antaranya adalah:

  1. Bisnes kereta sewa
  2. Agen takaful
  3. Jual produk secara online
  4. Perhotelan
  5. Servis cetak baju
  6. Agen pelancongan
  7. Bisnes Sim Kad Tone Excel

Dan banyak lagi kalau nak cerita. Kesimpulanya, semua yang menjalankan bisnes perlu ada website jika bisnes anda ingin pergi lebih jauh.

Dalam bab nak memilih seseorang untuk bina website untuk anda pula, anda mestilah pilih seseorang yang fokus dalam bidang ini sahaja kerana website perlukan sokongan teknikal di kemudian hari.

Jika anda pilih seseorang yang tidak fokus dalam bidang website, dikhuatiri anda tidak akan dapat sokongan penuh bila website anda bermasalah. Ini pun boleh merugikan anda.

Jika anda berminat untuk bina web atau blog untuk anda, boleh pilih servis dari SM Creative Studio. InsyaAllah akan berikan khidmat yang terbaik.

Salah satu website yang baru disiapkan oleh SM Creative Studio. Untuk lihat website ni secara live, boleh layari https://www.scarffellycouture.com

Akhir kata, binalah website untuk bisnes sendiri. Tak kira apa jua bisnes anda buat, bina website untuk bisnes anda pergi lebih jauh.

 

1,266 total views, 9 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

6 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge