Scam Alert – Bagaimana Dua Peniaga Ini Terselamat Dari Menjadi Mangsa Penipuan di Mudah?

9

Beberapa hari lepas, ada dua orang insan yang saya tidak kenali tiba-tiba saja PM saya untuk bertanyakan mengenai proses jual beli melalui PayPal. Cuma yang menjadi kepelikkan di sini adalah, kedua-duanya bertanyakan soalan yang sama dan pada hari yang sama.

Ini soalan salah seorang daripada mereka.

penipuan di mudah

Seperti biasa, jika ada orang saya tidak kenali tiba-tiba contact, saya akan tanya dahulu dapat nombor daripada mana dan kenapa contact saya?

Rupanya mereka google cara jual beli melalui paypal dan jumpa tentang paypal yang saya pernah tulis di blog ini. Sebab itu mereka contact.

Ok. Berbalik kepada kisah ni.

Selepas mereka menayakan soalan tersebut, saya cuba minta printscreen transaksi daripada mereka. Dan apa yang menjadi saya was-was di sini adalah, kenapa mereka perlu buat bayaran dahulu melalui wire transfer sebelum duit dari PayPal dilepaskan. Ini print screen daripada mereka.

penipuan di mudah

How to activate account? Kena kita buat bayaran dahulu baru akaun diaktifkan dan bayaran akan masuk? Bukan ke ini pelik?

Kepada mereka yang baru berniaga menggunakan paypal, ingatlah bahawa paypal tidak pernah meminta untuk kita transfer duit kepada mana-mana untuk aktifkan akaun dan pembayaran.

Bila saya tanya mereka cuba lihat email daripada siapa. Ini yang mereka kongsikan.

From :service@paypallink.com

Ok. ini sah penipuan satu penipuan yang licik di mana scammer letak email lain tetapi atas nama “service@int’l.paypal.com”. Nama penghantar ni siapa pun boleh letak. Ini yang akan mngelirukan mangsa tanpa berfikir panjang. Dah ramai yang kena ok.

Segala transaksi pembayaran melalui paypal, hanya SAH daripada email service@intl.paypal.com sahaja. Selain daripada email ini, anda perlu abaikan dan jauhkan.

Jangan terpedaya dengan wang RM5000 akan masuk ke dalam akaun anda dengan syarat anda perlu masukkan duit sebanyak RM940 dahulu kepada mereka. Ini semua hanyalah satu helah.

Saya berharap kepada kawan-kawan yang ingin berniaga berhati-hatilah dalam segala transaksi. Zaman sekarang zaman moden. Apa-apa saja boleh buat. Sekarang seller pun boleh kena scam. Bukan buyer saja kena scam.

Kedua-dua yang hampir menjadi mangsa penipuan ini adalah dari Mudah.my

Alhamdulillah. Pada hari yang sama, saya telah berjaya selamatkan dua orang ini daripada menjadi mangsa penipuan di Mudah.my.

Penafian: Mudah.my adalah satu platform kemudahan jual beli secara online. Yang menjadi tanggungjawab dalam urus jual beli adalah ditangan pengguna sendiri. Bukan mudah.my.

1,215 total views, 3 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

9 Comments

  1. Assalamualaikum faiz..bley sy dptkan nom wasup atau insta..sbb sy nk tanya n kongsikan skit ape yg sy lalui akibat scammer..tq

  2. assalamualaikum tuan,
    nak tanya berkenaan scam ni..saya ada iklan kereta kat mudah.my..buyer dari amerika nak beli utk family di johor..pastu dia guna barclay bank wire transfer..utk dapat duit saya kena bayar aktifkan akaun RM800.pastu tax RM3000 pastu transport 2500..saya masih baru dalam mudah.my,,,saya dah terkena cuma yang transport tu saya tak buat payment..so sekarang scamer ni bgtau dia dah report kat FBI mengatakan saya melarikan wang dan kereta yang dia beli..FBI ada emel n call melalui wasap tapi saya tak layan..Mohon Pendapat tuan mengenai FBI ni..takut jgk saya..

    • wsalam….ternyata tuan kena scam… tapi sy pelik..kenapa tuan pergi bayar? tuan menjual tapi tuan perlu bayar dahulu kepada mereka. nampak tak mereka cuba manipulasikan pemikiran tuan… tentang FBI tu, tuan jgn risau. Itu FBI fake. Tiada yang FBI guna email atau telefon bagi warning kepada penjenayah. FBI datang ke rumah terus.

Leave A Reply

CommentLuv badge