Azam Tahun Baru Yang Perlu Ada Pada Freelancer

2

Setiap tahun, mesti kita selalu berazam baru kan? Nak buat itu ini tetapi akhirnya hanya kekal selama 2 hingga 3 bulan. Itupun nasib baik. Ada yang tak sampai sebulan azam dah luntur.

Saya sebagai freelance sepenuh masa sekarang ini, akan memberikan beberapa azam yang perlu anda ada bagi tahun 2017 ni.

Azam 1: “Tahun Ini, Saya Akan Naikkan Rating Saya”

Dalam dunia freelance, sebenarnya client tidak kisah untuk membayar anda berapa pun asalkan anda pandai cakap dan juga hasil kerja anda adalah berbaloi apa yang dibayarnya. Pastikan setiap hari satu ilmu yang anda belajar supaya dapat berikan hasil yang lebih kepada client.

Azam 2: :”Tahun Ini, Saya Akan Tonjolkan Branding

Branding ni sebenarnya adalah satu yang penting dalam dunia bisnes. Nak bina branding ni la perlukan kos yang agak besar sebenarnya. Apa itu branding sebenarnya? Branding itu adalah apa yang orang melekat dalam kepala mereka bila lihat bisnes kita. Jadi, jom pada tahun ini kita sama-sama bina branding.

Azam 3: “Tahun Ini, Saya Akan Berkomunikasi Dengan Lebih Baik Dengan Client

Skill yang paling penting patut ada pada seorang freelancer adalah bagaimana mereka bercakap dan dapat memikat hari client untuk mengambil servis kita. Yela. Kerja freelancer ni kalau dapat satu job mau 4 hingga 5 angka. Paling sikit pun 3 angka. Jadi, kena asah kemahiran anda dalam skill komunikasi melalui online.

Azam 4: “Tahun Ini, Saya Tidak Akan Terima Tempahan TERLALU Banyak

Tempahan banyak tapi tidak berkualiti. Sebagai seorang freelancer, lebih baik anda jaga kualiti dari kuantiti. Kerana kuantiti akan bertahan dalam masa singkat sahaja, tetapi kualiti akan bertahan dalam jangka masa panjang.

Azam 5: “Tahun Ini, Saya Akan Tingkatkan Produktiviti

Semua nampak indah bila kita lihat seorang freelancer tersebut. Pada hakikatnya, kerja seorang freelancer semuanya indah-indah. Tapi pada hakikatnya seroang freelancer hanya makan tidur dan kerja siang malam. Inilah kehidupan sebagai seorang freelancer.

Sebenarnya perkara ini tidak produktiviti. Cuba luangkan juga masa bersama keluarga dan melancong sekali sekala. Jangan kerja siang malam untuk siapkan tempahan. Ini tidak produktiviti namanya.

Azam 6: “Tahun Ini, Saya Akan Luaskan Networking

Join group di facebook dan temui mereka yang sama bidang dalam freelancer. Ini bukan untuk bersaing tetapi supaya dapat luaskan lagi fikiran dan idea untuk tingkatkan kualiti kerja.

Azam 7: “Tahun Ini, Saya Akan Luangkan Sedikit Masa Untuk Keluarga dan Bercuti

Siapa anggap kerja freelancer adalah semuanya indah-indah. Kebanyakkan freelancer hidupnya hilang nikmat masa kerana perlu siapkan tempahan yang ditempah oleh client. Kadang-kadang, satu tempahan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan. Tapi harga pun boleh tahan. 🙂

Ok. Inilah sedikit azam-azam yang perlu anda ada jika anda seorang freelancer sepenuh masa.

Apa yang saya ceritakan di sini pun bukan semuanya saya akan buat. Hanya segelintir sahaja.

Jika anda baru ingin berjinak-jinak dalam dunia freelancer, boleh daftar di laman web iLancee.comSaya cukup pasti dan yakin di sinilah akan bermula segala-galanya jika anda ingin menjadi seorang freelancer.

553 total views, 2 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge