iLancee Comeback! – Kisah Perjalanan Kami Bangunkan iLancee

8

[Artikel asal adalah di sini – Jika anda pernah daftar iLancee sebelum ini, sepatutnya anda menerima email untuk makluman ini dan makluman cara dapatkan balik dana di iLancee lama jika ada]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami berharap, agar anda yang pernah sertai iLancee sebelum ini sudi membaca kisah-kisah perjalanan kami ini kerana banyak info-info yang kami ingin sampaikan kepada anda sebenarnya. Mungkin persoalan anda akan terjawab kenapa iLancee ditutup sebanyak 2 kali sebelum ini dan dibuka semula.

Secara rasminya, pada 4/Januari/2017 kami telah buka kembali website iLancee.com sepenuhnya setelah pada bulan Ogos 2016 yang lalu kami telah menutup (kali ke-2) untuk sementara kerana pelbagai faktor masalah yang telah kami hadapi semasa kendalikan website ini.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah kali ketiga kami Develop website ini untuk digunakan kepada umum. Dan ini juga mungkin usaha kali terakhir kami membangunkan website ini. Jika ia ada masalah lagi dalam manage web ini selepas ini, iLancee akan lenyap untuk selamanya. Jadi dalam iLancee versi 1 dan versi 2 kami telah gagal untuk kawal sepenuhnya kerana pelbagai faktor masalah kami terima.

Dengan masalah-masalah ini, kami telah kumpulkan, buat analisa, buat kajian demi untuk bangunkan iLancee versi ke-3 ini dengan lebih hebat sistemnya dan berharap freelancer-freelancer di Malaysia boleh jana pendapatan dengan lebih mudah.

Dalam post ini, kami akan ceritakan secara detail kepada anda kenapa kami menutup iLancee versi 1 dan versi 2. Kami tahu mungkin dalam kalangan anda tertanya-tanya kepada iLancee kerapkali ditutup.

Ini kisah perjalanan kami bangunkan iLancee. Semoga persoalan anda akan terjawab.

iLancee Versi 1 – Sebab Ditutup

iLancee versi 1 telah di buka secara rasmi pada Mei 2014. Pada masa ini hanya dijaga oleh seorang sahaja. Kami telah buat pelbagai iklan termasuk mengadakan contest, advertorial, adwords dan facebook untuk iLancee.

Kami bersyukur, iLancee telah diterima ramai dan dalam tempoh 3 bulan kami mampu mengumpulkan 4000 lebih ahli yang aktif.

Pada masa ini juga, kami telah berjaya membuat jualan servis sebanyak 5 angka dalam tempoh sebulan sahaja berturut-turut. Tetapi anda jangan fikir 5 angka itu banyak.

5 angka itu adalah jumlah jualan di mana ia perlu dibahagi-bahagikan pula kepada seller yang telah siapkan kerja mereka. Jadi, pendapatan bersih kami dari web ini bukan 5 angka. Itu belum lagi tolak kos hosting, kos bayaran developer yang bina web ini dan juga kos lain-lain.

Dengan itu, admin asal telah melantik seorang lagi admin untuk menjaga iLancee dan dengan ini bertambahlah kos untuk kendalikan website ini. Jumlah admin kesemuanya pada masa itu ada 2.

Tetapi bilangan trafik yang kami terima tidak mampu untuk kendalikan website ini kerana sistem website ini pada waktu itu banyak kekurangan dari segi automasi. Jadi, banyak benda kami perlu buat sendiri secara manual seperti menghantar notifikasi kepada pengguna melalui email.

Ekoran daripada itu, admin asal telah melantik lagi seorang admin menjadikan 3 orang admin kesemuanya telah menjaga website ini.

Tambahan pula, hosting kami tidak mampu menampung bilangan trafik pada masa tersebut. Hosting sering down dan kami terpaksa berpindah kepada VPS server di mana kos untuk server ini adalah lebih kurang USD80/month atau lebih kurang RM370 sebulan.

Ini kos yang terpaksa kami hadapi.

Oleh itu, dari sehari ke sehari, kami sudah tidak mampu untuk manage website ini kerana kos yang tinggi. Tambahan pula developer kami ini adalah dari luar negara dan segala perubahan pada iLancee kami akan upah dan bayar kepada beliau pada masa itu. Kos kami semakin naik dan naik.

Gaji untuk admin berapa?

Tak usah tanyalah. Malu untuk kami jawab. 🙁

Jadi, pada September 2015 kami telah menutup iLancee untuk kali pertama dengan niat kami ingin buka kembali dan jadikan website ini lebih jimat kos dari segi pengendaliannya.

Tamat untuk cerita iLancee versi 1 kenapa ianya ditutup.

iLancee Versi 2 – Sebab Ditutup

Setelah kami bangkit semula dari iLancee versi 1 kerana masalah dari segi kos dan pengendalian, kami buka kembali website ini pada bulan Oktober 2015. Tetapi kali ini hanya dua orang admin sahaja yang menjaganya. Admin seorang lagi telah menarik diri kerana tidak sanggup untuk hadapi masalah seperti sebelum ini.

Kami bangunkan semula iLancee dan cuba brandingkan balik dan menarik orang yang join sebelum ini. Alhamdulillah. Ramai lagi masih terima dengan kehadiran iLancee.

Terima kasih kerana menyokong usaha kami.

Dari segi kos, kami sudah dapat kawal walaupun kami masih guna server VPS dengan bayaran USD80/month. Namun, masih ada satu lagi masalah kami belum selesai iaitu banyak perkara kami perlu buat secara manual.

Contoh masalah adalah seperti berikut.

  1. Notifikasi tempahan tidak dihantar ke email seller. Jadi seller tidak tahu ada buyer yang membeli servis beliau.
  2. Seller yang menjual servis “sampah” terlalu banyak. Sehingga kami susah untuk filterkannya.
  3. Seller yang menjual tetapi tidak aktif. Ramai pembeli comlaint dan ingin refund balik. Mana buyer tak faham kata admin tidak buat kerja.
  4. Buyer beli servis tetapi seller tidak buat pun servis tu. Mungkin seller tidak dapat notifikasi pembelian dalam email.
  5. Pengguna berkongsi maklumat hubungi semasa proses jual beli menyebabkan kami rugi besar di sini.
  6. Dan beberapa lagi sistem yang kurang.

Dan untuk kami atasi masalah ini, kami perlukan kos untuk bayar kepada developer dengan kos sehingga 5 angka untuk baik pulih 🙁

Kami tidak mampu untuk bayar sebanyak itu kepada developer kerana kami buat bisnes ni adalah tanpa pinjaman dari mana-mana pihak. Semuanya duit terkumpul sendiri.

Ouh ya, untuk pengetahuan anda, sebenarnya kami telah pun membayar developer ini sebanyak RM5000 lebih secara berperingkat namun masalah ini memerlukan lebih banyak kos untuk bayar developer.

Dan akhirnya, disebabkan ramai pengguna hadapi masalah ini, maka dengan ini, kami telah menutup iLancee untuk sementara waktu buat kali ke-2 pada Ogos 2016.

Kami tutup kerana kami ingin cari solusi dan tidak mahu menambah masalah pada pengguna.

Apa yang untungnya kami pada iLancee versi 1 dan 2 ini? Sebenarnya agak sukar untuk mengira keuntungan kami dan tidak berbaloi siang malam menjaganya. Yang untung sebenarnya adalah pengguna-pengguna yang pernah jana pendapatan di iLancee sebelum ini.

iLancee Versi 3 – Bangkit Kembali

Setelah 4 bulan menutup akaun iLancee, pelbagai rancangan kami buat.

Dengan berbekalkan masalah yang dihadapi sebelum ini, kami kumpul, buat analisa dan buat kajian untuk bangunkan iLancee versi 3 dengan lebih “hebat”.

Apa kami buat?

Kami ambil masalah-masalah yang sediada dan kami buang pada versi iLancee yang ke-3 ini.

Kali ini kami upah pula developer lain dan juga di develope sendiri oleh admin-admin.

Alhamdulillah. Semuanya nampak berjalan dengan lancar. Sistem sekarang nampaknya berfungsi dengan lebih baik dari sebelumnya. Notifikasi akan dihantar kepada pengguna tanpa ada masalah lagi.

Walaupun mengambil masa 4 bulan untuk bangunkan kembali web ini, tetapi kali ini kami lebih berpuas hati dan janji kami pada diri sendiri serta kepada pengguna lain, ini adalah usaha kali terakhir kami jika ada masalah lagi selepas ini.

Refund/Bayaran Balik

Kepada anda yang telah sertai iLancee sebelum ini dan merasakan dana anda masih ada di sana, anda boleh emailkan kepada kami [email protected]

Kami akan kembalikan dana anda tersebut kerana rekod lama kami masih lagi di simpan.

Maafkan kami sekali lagi atas masalah ini. Masalah yang tidak kami jangkakan semasa di awal penubuhan iLancee dulu.

Masalah sebenarnya adalah kos tersembunyi yang banyak terlibat yang kami terpaksa tanggung sendiri. Namun pada kali ini, kami telah lebih bersedia.

Apa Terjadi Pada Akaun Lama/Data Lama?

Pada akaun lama atau data lama, kami masih lagi simpan dengan rapi. Tetapi kami tidak masukkan kembali kesemua data-data ini pada versi iLancee ke-3 kerana kami ingin start balik dari bawah.

Jika anda rasa masih ada dana dalam akaun lama, sila contact kami di [email protected] untuk dapatkan balik bayaran tersebut.

Apa yang perlu anda buat sekarang?

Jika ingin jana pendapatan kembali di iLancee atau membeli servis di iLancee, anda perlu daftar balik.

Daftar di sini >>> ilancee.com

Visi Misi Kami

Market Malaysia kecil?

Ya. Kami tahu market Malaysia kecil. Tetapi visi kami bukanlah untuk jadi kaya raya dengan laman ini. Target kami hanyalah untuk bantu mereka jana pendapatan secara santai antara RM1000-RM2000 sebulan. Ini tidak mustahil kerana dalam versi 1 dan versi 2 sudah ada mereka jana pendapatan 4 angka sebulan dengan iLancee. Tapi pastikan servis anda menarik dan Kabooom!

Ini kerana iLancee membenarkan anda untuk melakukan apa-apa sahaja servis yang mendapat permintaan oleh rakyat Malaysia.

Namun, kami juga cuba memecah masuk market Indonesia, Brunei dan Singapura. Itu saja dan tidak lebih kerana bahasa utama kami gunakan adalah bahasa Melayu.

Dengan iLancee ini, anda sudah boleh untuk bayar sewa rumah, hutang kereta dan bil-bil utiliti yang lain tanpa usik gaji sebenar anda.

Harapan

Harapan kami adalah untuk anda terus menyokong usaha kami yang kali terakhir ini bangunkan iLancee. Kami tidak minta sokongan wang ringgit daripada anda untuk bangunkan laman ini dan kami sangat yakin bahawa kali ini kami lebih bersedia dan iLancee akan terus maju di hari-hari mendatang.

Usah fikir berapa modal kami. Kami hanya sedia laman web ini dan anda hanya gunakan sahaja. 🙂

Sekarang ada dua admin menjaga web iLancee.

Doakan kami berjaya kali ini untuk bangunkan website iLancee.

Jika anda ada sebarang komen, sila nyatakan di bawah.

Semoga Maju Jaya!

Daftar di sini >>> ilancee.com

647 total views, 14 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

8 Comments

  1. Saya ucapkan tahniah kepada semua admin yang bertungkus lumus dalam menyediakan platform kerja dari rumah ni..Saya sendiri adalah pengguna ilancee v2 dan telah membuat beberapa jualan semasa ilancee v2. Cuma agak sedih la sebab rating penjual di ilancee v2 tak di bawa ke v3..(bukan senang nak dapat rating huhu). Tapi takpe.. saya ok je..harapnya kali ni lebih banyak sale saya dapat dari ilancee v3 hehe 🙂
    thehaikal telah update artikel…Cara Backup Blogpost ke Google Drive Secara AutomatikMy Profile

    • Terima kasih tuan memahami…kami ingin start balik dari bawah…dan nak kumpul seller yang betul2 boleh bagi komitment…insyaAllah..kami merancang sesuatu yang lebih menarik lagi kepada seller2… 🙂

Leave A Reply

CommentLuv badge