Penipuan Licik Jual Beli Domain Dari Luar Negara

10

Malam semalam saya telah menerima satu email daripada seseorang di luar negara (Switzerland) yang mengaku dirinya adalah agen jual beli nama domain.

Tawaran beliau dalam email tersebut adalah untuk membeli salah satu domain saya dengan harga $30,000-$40,000. Siapa tak rasa terujakan bila ditawarkan dengan harga yang begitu tinggi. Pada masa tu saya tidak rasa lagi saya ni seperti ditipu kerana terlalu teruja dengan tawaran tersebut.

Untuk makluman, domain ini saya tidak pernah letakkan di mana-mana website untuk jual nama domain tersebut. Mungkin dia mengambil maklumat email saya melalui WHOIS.

Dalam fikiran dah mula terbayang untuk membeli rumah pertama! Namun…

Berikut merupakan mesej beliau yang hantar kepada saya.

Bila saya balas email dan berminat untuk menjual domain tersebut, ini pula yang dia balas.

Menurut gambar kedua di atas, saya memerlukan domain autorization iaitu untuk mengesahkan bahawa nama domain saya ini mempunyai Trademark atau tidak.

Tanpa buang masa saya terus klik link yang diberikan supaya mengisi satu borang untuk pengesahan tersebut.

Mula-mula saya ingat servis percuma, rupaya bila kita nak dapatkan pengesahan ini, kita perlu bayar sejumlah EUR 206.78. Kalau dalam Ringgit Malaysia adalah RM965.84!

Gila tak gila kan?

Nak beli domain dari kita tapi perlu bayar sejumlah EUR 206.78 terlebih dahulu.

Saya dah mula rasa tak sedap hati dan terus search di google.

Ternyata ianya adalah Scammer!

Nasib baik saya tidak teruja sangat dengan $30,000 yang ditawarkan oleh beliau. Jika saya tidak berfikir panjang, sudah tentu saya akan membayar EUR206.78 tersebut.

Apa yang akan terjadi jika saya bayar untuk dapatkan pengesahan nama domain ini?

Email saya tidak akan dibalas oleh orang tersebut dan sebenarnya tiada pembeli yang ingin beli nama domain tersebut.

Kesimpulannya, rugilah saya EUR 206.78 jika bayar.

Kepada mereka di luar sana terutama pemain-pemain website, jika ada seseorang yang cuba menawarkan sesuatu yang tidak masuk akal tetapi kita kena bayar terlebih dahulu, jauhkanlah diri. Ternyata ianya scam.

Sekian dan berhati-hati.

737 total views, 2 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

10 Comments

  1. Sesungguhnya perlu kajian yang teliti sebelum melakukan sesuatu.. Xde org nak bg nilai yg cukup tinggi senang2…piramid pun x dpt bg…hihi

  2. Email begini ada yg betul. Cuma kena tanya nak buat apa dengan domain tu.

    Saya dulu ada jual domain je dlm USD 500. Pembeli nak buat makanan anjing dgn brand name domain tu.

    Apa2pun kena tanya, apa ada pada nama ni yg sampai nak beli.

    • Yes bro…hampir2 kena tipu juga…mana taknya diorang nak beli domain dengan harga banyak tu…tapi bila fikir balik kenapa kita perlu bayar dulu, terus google…ternyata satu penipuan…

Leave A Reply

CommentLuv badge