Customer Repeat Order Servis? Bagaimana Saya Lakukan?

8

Alhamdulillah. Betullah orang kata. Jika kita nak berniaga, biarlah jujur dan dipercayai oleh orang ramai. Macam mana tu maksudnya? Maksudnya mudah. Jangan menipu customer kita dengan pelbagai janji itu ini tetapi kita tidak laksanakan.

Kata orang lagi. Jika harga servis kita RM300, kita hendaklah buat harga seperti RM1000. Salah ke? Tak salah. Inilah taktik jika kita nak orang percayai kita. Tambah lagi jika kita masih baru dalam dunia online.

Customer Repeat Order Servis? Bagaimana Saya Lakukan?

Kepada otai-otai luar sana, tak perlu kot baca tips saya ni. Anda semua telah tahu tip-tips ni, Kalau baca malulah saya. Huhu..

Tips ni saya khaskan untuk mereka yang baru bermula.

Baiklah. Ini tips dari saya bagaimana customer ini repeat order servis dari saya.

  1. Saya buat semua apa yang saya janjikan dalam pakej-pakej yang telah saya nyatakan.
  2. Saya buat servis dengan harga RM450 tetapi nilainya lebih lagi.
  3. Saya yakinkan pelanggan untuk bertemu jika nak buat website.
  4. Saya call pelanggan jika mereka ada masalah tak faham mengenai website. Atau mereka akan call saya.
  5. Letak gambar whatsapp yang boleh beri kepercayaan. Jangan letak gambar arnab, pisang. Mereka masih siuman untuk tidak bercakap dengan arnab atau pisang.
  6. Saya respon dengan sesegera mungkin jika mereka perlukan bantuan.
  7. Saya sediakan group support untuk bekas pelanggan saya.
  8. Saya tidak lari selepas menyiapkan sesuatu servis. Bantuan selanjutnya akan diberikan.

Hasilnya,

Seorang daripada mereka repeat order servis daripada saya dan sanggup membayar saya setiap bulan sebanyak RM200 untuk manage website mereka.

Sebelum ini pelanggan tersebut ambil servis redesign balik websitenya. Hasilnya dia berikan saya lima sabun daia. Kemudian dia ambil pula servis pasang sistem chat di websitenya dan membayar saya RM200 setiap bulan untuk manage websitenya.

Anda boleh layari www.xcelltravel.com untuk lihat hasilnya.

Terima kasih kerana membaca tips ini. Semoga yang baca tips ini saya doakan anda dimurahkan rezeki. Amin..

1,045 total views, 1 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

8 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge