Tutorial Cara Delete Revision Post Dan Page

6

Tutorial Cara Delete Revision Post Dan Page | Untuk pengetahuan anda, fungsi revison akan di setting secara default di dalam wordpress anda. Apa itu sebenarnya fungsi revision dalam wordpress?

Tujuan revision ini sebenarnya adalah untuk memudahkan anda. Contohnya, semasa anda menaip artikel di blog anda tetiba laptop anda terpadam. Dengan fungsi revision ini, anda tidak perlu risau kerana artikel yang anda tulis tadi tidak akan hilang walaupun anda tidak sempat nak save. Anda boleh restore balik artikel yang anda tulis tadi.

delete revision 5

Namun begitu, jika revision ini tersimpan terlalu lama dan tidak digunakan, ia akan menjadi “sampah” di dalam database anda dan ini boleh mengurangkan optimasi database anda.

Jika anda lihat gmbar di bawah, ia adalah statistik dari blog saya di mana selama saya berblogging ini sudah terdapat 2166 revision yang tersimpan dan tidak digunakan. Revision ini boleh mengganggu keupayaan database anda.

delete revision 1

Tutorial Cara Delete Revision Post Dan Page

#1. Install Plugin Advance Database Cleaner

Anda perlu pergi ke bahagian Plugin >>> Add New kemudian anda cari “Advance Databse Cleaner”. Klik install.

delete revision 2

#2. Delete Revision

Kemudian, anda pergi ke bahagian menu kiri dan cari WP DB Cleaner. Klik.

delete revision 3

Kemudian anda tanda tick pada bahagian Revision dan klik clean.

Siap!

Sekarang revision “sampah” yang tersimpan dalam database anda selama ini sudah pun di padam.

Amaran!: Plugin ini berpotensi untuk delete kesemua database anda. Jika anda tersilap padam, anda tidak dapat kembalikan lagi kecuali anda backup wordpress anda terlebih dahulu. Untuk tutorial ini, saya hanya tunjukkan bagaimana nak delete “Revision” sahaja di mana anda tidak perlu backup database anda.

1,806 total views, 2 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

6 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge