Tutorial Cara Buat Jump Link Dalam Web Page

5

Apa Itu Jump Link

Jump link adalah di mana sesuatu link apabila anda tekan llink tersebut, link itu akan membawa anda kepada tajuk dalam webpage secara direct.

Masih belum jelas?

Pada bahagian akhir, saya ada tunjukkan demo bagaimana jump link ini berfungsi.

Bila Masa Perlu Gunakan Jump Link?

Dalam sesetegah website, jump link sangat berguna untuk menampakkan website anda lebih professional. Tambahan lagi, jika website anda hanya menggunakan satu halaman page sahaja seperti website jualan atau website untuk introduce syarikat.

Cara Bina Jump Link

Di bawah ini saya akan tunjukkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana nak bina Jump Link di dalam website anda.

#Langkah 1: Bina ID Link

Pada langkah ini, anda perlu bina ID link terlebih dahulu. Caranya, anda buka dahulu pada page/post pada wordpress anda dan pergi ke bahagian Text.

Kemudian, bina ID anda di dalam post tersebut seperti di bawah.

<p id="XXX">YYY</p>

XXX = Letakkan ID anda. Tentukan sendiri. Contoh ID: “unique-utama”

YYY= Tajuk utama yang anda ingin pointkan jump page. Contoh: “Apa Itu Jump Link?”

Maka, keseluruhanya, anda akan dapat link ID seperti di bawah ini.

<p id="unique-utama">Apa Itu Jump Link</p>

#Langkah 2: Bina Jump Link

Selepas siap bina ID link, anda perlu bina jump link.

Caranya, buat link seperti di bawah ini.

<a href="#XXX">YYY</a>

XXX = Di sini adalah ID yang anda bina tadi. Seperti contoh di atas, ID yang telah di bina adalah “unique-utama”

YYY = Letak sahaja perkataan call to action yang anda mahu. Contoh : Apa Itu Jump Link? Klik Sini

Maka keseluruhannya, anda akan dapat jump link seperti di bawah ini.

<a href="#unique-utama">Apa Itu Jump Link? Klik Sini</a>

Contoh Jump Link Yang Sudah Siap

Link Contoh : Apa Itu Jump Link? Klik Sini

Cuba anda klik link di atas. Link tersebut akan terus bawa anda ke tajuk pertama saya di dalam artikel ini iaitu “Apa Itu Jump Link”.

Harap, dengan tutorial ini, anda boleh manfaatkannya di dalam blog atau website anda. 🙂

1,147 total views, 2 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

5 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge