Cara Atasi Error Database Dan Baiki Database WordPress Dengan Mudah

8

Cara Atasi Error Database Dan Baiki Database WordPress Dengan Mudah |  Jika anda melayari blog wordpress anda dalam jangka masa yang lama, akan mungkin sekali sekali akan lihat beberapa error pada blog wordpress anda seperti “Error Establishing a Database Connection”.

Mungkin di antara kita pernah dan tidak pernah. Selama 3 tahun dalam dunia blogging ni, error tersebut sudah menjadi kebiasaan bagi saya.

Antara penyebabnya adalah seperti;

  • Database login credentials yang berubah secara tiba-tiba (mungkin terjadi)
  • Database server tidak responsif
  • Masalah database yang tiada maintanance
  • Masalah server error

Cara Menyelesaikan Masalah

Berikut beberapa perkara yang boleh anda lakukan jika ada masalah database pada wordpress anda.

#1. Baiki Database WordPress

Langkah pertama, anda perlu baiki database wordpress anda. Caranya cukup mudah saja. Ikuti langkah berikut.

#1.1. Login ke akaun cPanel anda

#1.2. Kemudian anda lihat pada bahagian database dan klik “MySQL Database”

repair database 1

#1.3. Lepas itu,anda klik pilih database yang anda ingin check atau repair database. Nak repair database, hanya perlu klik repair database! Siap! Database untuk wordpress anda sudah diperbaiki.

repair database 2

#2. Semak wp-config File

Kedua, anda perlu semak pada wp-config file anda kerana bahagian ini berkemungkinan besar ia berlaku perubahan secara auto.

Cari kod seperti di bawah dalam file wp-config, kemudian pastikan database name, database username, database password dan database host anda adalah betul. Semua maklumat ini anda boleh lihat dalam MySQL Database di dalam cPanel anda.

Jika tidak pasti, anda boleh hubungi web hosting server anda.

define('DB_NAME', 'database-name');
define('DB_USER', 'database-username');
define('DB_PASSWORD', 'database-password');
define('DB_HOST', 'localhost');

 

#3. Semak Web Host (MySQL Server)

Cara nak semak web host anda berjalan dengan baik atau tidak, caranya anda buka dua website yang berbeza tetapi server yang sama.

Jika kedua-dua website anda mempunyai masalah yang sama, itu adalah masalah server dan anda perlu segera menguhbungi web host anda dengan kadar segera.

Sebenarnya ada banyak lagi cara yang lebih advance jika anda ada masalah pada wordpress anda. Tetapi cara yang saya tunjukkan ini adalah cara yang terbaik dan selamat untuk anda buat sendiri walaupun anda seorang newbie.

744 total views, 1 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

8 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge