Bagaimana Untuk Cari Dan Gantikan Perkataan Dengan Mudah Dalam WordPress

0

Bagaimana Untuk Cari Dan Gantikan Perkataan Dengan Mudah Dalam WordPress | Adakah anda sedang mencari jalan terbaik bagaimana untuk mencari dan mengantikkan teks, URL atau image dalam post anda sebelum ini?

Dalam artikel kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara terbaik untuk anda cari dan tukar teks atau perkataan dengan pantas dan berkesan.

Bilakah Anda Perlu Gunakan Fungsi Ini?

Andaikata anda telah menambah teks atau URL di dalam beberapa artikel anda. Anda tidak tahu yang mana satu artikel yang anda telah tulis perkataan tersebut, kerana terlalu banyak.

Betul, anda boleh mencarinya secara manual dalam blog anda dan mengedit setiap pos satu demi satu. Sudah pasti itu akan mengambil masa anda yang terlalu lama.

Kini, anda ada cara untuk mencari secara automatik dan menggantikan perkataan yang anda ingin tukar lebih cepat dan cekap.

Walaubagaimanapun, terdapat satu keburukkannya. Jika anda membuat kesilapan, maka anda tidak akan dapat untuk membuat asal. Sebaik sahaja anda menggantikan teks, ianya akan hilang. Anda perlu berhati-hati menaip teks yang anda cari dan teks yang anda mahu menggantikannya.

Jom kita lihat bagaimana anda boleh mencari dan menggantikan teks di dalam pangkalan data WordPress anda.

Caranya

Pertama sekali anda perlu install plugin “Better Search Replace”

Kemudian, anda pergi ke Tools >>> Better Search Replace

tukar perkataan

Sila ikut seperti di atas. Jika anda ingin tukarkan perkataan, pada bahagian select table anda perlu pilih wp_post atau mungkin prefix lain sikit dalam wordpress anda. Yang penting, anda perlu pilih pada bahagian table post jika ingin tukarkan perkataan.

Tetapi anda perlu ingat, jika anda ingin tukarkan table lain selain table post, anda perlu backup terlebih dahulu database wordpress anda sebagai langkah berjaga-jaga jika ada masalah lain berlaku.

Kemudian klik butang Run Serach/replace.

Itu saja. Dalam sekelip mata sahaja, anda sudah boleh tukarkan beribu-ribu perkataan yang anda mahu dalam masa yang singkat sahaja.

433 total views, 2 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

Leave A Reply

CommentLuv badge