Cara Tingkatkan Keselamatan Login WordPress

8

Cara Tingkatkan Keselamatan Login WordPress | Mengikut statistik daripada i-Themes Security, lebih kurang sebanyak 3000 website yang dibina daripada wordpress akan di hack pada setiap tahun! Statistik ini adalah sangat menakutkan kerana bila-bila masa sahaja wordpress kita di hack oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Ok. Tutorial saya pada kali ini, hanya untuk tunjukkan kepada anda bagaimana nak tingkatkan keselamatan login pada wordpress anda.

Cara Tingkatkan Keselamatan Login WordPress

Seperti yang kita tahu, setiap halaman login wordpress akan berakhir dengan domainanda.com/wp-admin dan domainanda.com/wp-login. Jadi, bagaimana untuk anda tukar domainanda.com/wp-admin dan /wp-login domainanda.com tersebut kepada domainanda.com/kod-rahsia.

Jom saya ceritakan…

#Langkah 1: Install plugin “iThemes Security“. Anda boleh search nama plugin tersebut dan install dalam wordpress anda.

#Langkah 2: Anda cari menu “Security” di menu sidebar dan klik pada “Setting”

keselamatan login 1

#Langkah 3: Anda cari pada bahagian “Hide Login Area”. Contoh seperti gambar di bawah.

keselamatan login 2

Pertama sekali, anda perlu tick pada bahagian “Enable the hide backend feature”. Lepas itu, pada “Login Slung” anda masukkan kod rahsia anda.

Di sinilah anda boleh ubah domainanda.com/kod-rahsia. Jadi,hanya anda yang tahu login halaman page anda.

Jika anda rasa tutorial saya ini bermanfaat, boleh klik share di bawah. 🙂

939 total views, 1 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

8 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge