Cara Mudah Semak Pendaftaran Syarikat

54

Cara Mudah Semak Pendaftaran Syarikat | Sebelum anda melakukan pembelian secara online di mana-mana website, saya sarankan untuk anda semak terlebih dahulu pendaftaran syarikat tersebut samaada valid didaftarkan atau hanya satu penipuan sahaja.

Mungkin anda tertanya bagaimana nak semak pendaftaran syarikat seseorang itu?

Caranya mudah sahaja iaitu melalui website rasmi SSM juga di laman web – https://www.ssm-einfo.my/

Cara Mudah Semak Pendaftaran Syarikat

#Langkah 1

Anda boleh layari website rasmi SSM di – https://www.ssm-einfo.my/. Lepas ia loading habis semua, anda klik pada menu “My e-Account” dan anda akan lihat seperti gambar rajah di bawah. Sila buat pendaftaran.

cara semak syarikat 1

#Langkah 2

Lepas siap anda isi pendaftaran dan klik submit, anda akan menerima satu email “Selamat Datang” dari SSM. Dalam email tersebut terkandung username dan password yang telah anda daftarkan. Jika anda tidak menerima sebarang email, sila semak dalam spam box anda.

Jika masih anda tidak menerima sebarang email, sudah sah email anda isikan semasa daftar tadi tersilap.

Gambar di bawah ini anda akan redirect ke page ini selepas siap pendaftaran dan anda sudah sedia untuk login masuk.

cara semak syarikat 2

#Langkah 3

Kemudian, selepas anda login masuk ke akaun SSM anda, anda akan dibawa ke page ini dan sila pilih menu ” >> Search”. Klik.

cara semak syarikat 3

#Langkah 4

Seterusnya, anda akan di bawa ke page ini pula. Di sinilah anda perlu pilih samaada nak semak melalui nombor pendaftaran syarikatnya atau melalui nama pendaftaran syarikatnya.

Isikan saja dan anda klik “Search”

cara semak syarikat 4

Dan inilah hasilnya. Anda boleh lihat senarai nama ini bahawa ianya ada di dalam database SSM dan ianya valid!

cara semak syarikat 5

Harap dengan perkongsian saya kali ini, akan lebih menyakinkan untuk anda membeli belah secara online iaitu dengan semak terlebih dahulu pendaftaran syarikat penjual tersebut.

Semoga bermanfaat.

33,592 total views, 25 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

54 Comments

  1. nak tanye… kalo kita check status syarikat tu, kita kena bayar ke? sbb ada yg ckp kalo nk check online kena byar..

  2. Tak kena bayar ke.? Dlm website tu kata fee rm15 + 6%gst. Ke sy yg salah faham. Boleh beri pencerahan. Tq 🙂

  3. Terima kasih. Sangat membantu. cuma nk ty klu dia ada tulis bus termination letter maksudnya syarikat tu dah tutup ke cmne?

    • betul tu…baca penerangan dari SSM sini

      BUSINESS TERMINATION LETTER is a certification of termination of registered Business from SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA which verify that the Business is expired or terminated. Business Termination Letter will be generated upon request by the user if the Business is not renewed within twelve (12) months of the expiry date.

      • Nasrul Hakim on

        Salam, Terima Kasih atas maklumat yg dikongsikn. Nak tanye klo dye ade tulis Company Charges, maksudnye ape ye?

        dan

        Saye ade semak satu company nih, dye berdaftar dengan SSM tetapi syarikat berkenaan ade dlm Senarai Berjaga-Jaga yg dikeluarkn oleh BNM pd 12/7/2016. Soalan sye, boleh ataupun tidak kite berurusan dgn syarikat berkenaan?

        • wsalam…

          1. tulis company charge tu kat mana?
          2. jika dalam list berjaga2 oleh BNM, maka cik pun perlu berjaga-jaga jika nak berurusan dengan mereka ni.. 🙂

  4. Saya nk beli secara online….tp fb nama lain(cth fb makeup cantik)…dia suh bnk in nama lain(cth nurul hidayah)…n dia ada bg nombor ssm…nama lain(cth.mymama moden)
    Mcm mana saya nk tau itu palsu atau tidak…

    • boleh jadi mungkin nama fb lain, nama akaun lain dan SSM lain…biasa tu jenis bisnes yang individu…jika bisnes besar2, mungkin dia siap2 separate setiap bisnes nama dan akaun yang sama…

      Untuk ni saya tak pasti nk kata paslu atau fake..

      Jika tak yakin, try cari peniaga lain..peniaga yang betul2 ada website…tu lagi selamat…

  5. KALAU SEARCH THEN XKELUAR PAPE,. MAKSUDNYER COMPANY TU XBERDAFTAR KEE?
    KE KALAU COMPANY TU BERDAFTAR DIA STILL KELUAR COLUM MACAM KAT ATS?

  6. salam, apa makna huruf kat hujung nombor ssm yer? contohnya 123456-T, dan adakah kemungkinan 6 digit no tu akan sama tapi huruf kat hujung tu berlainan? contoh, 123456-T dan 123456-K
    terima kasih

  7. Saya cuba buka link ssm tu n daftar my e account. Tapi bila nk fill in bhgn password asyik xlepas.. Katanya 5-12 character, start with a LETTER & all small letter..dh mcm2 pw try xdpt jgk..mcm mn tu en?

Leave A Reply

CommentLuv badge