Contest Bulanan – Komen Dan Menang

37

Contest Bulanan – Komen Dan Menang | Saya rasa macam berdosa jika saya dapat secebis rezeki dari blog tetapi tidak berkongsikan dengan anda walaupun sedikit. Saya pun cuba fikir macam mana cara yang terbaik untuk saya kongsikan rezeki bersama-sama dengan pembaca blog ini.

Akhirnya saya pun buat keputusan. Saya nak adakan kembali contest komen dan menang ni. Dulu saya pernah buat di blog ini tetapi banyak komen perang spam berlaku. Artikel yang tak berkaitan pun boleh komen macam-macam. Sebab itu saya cuba stop dahulu dan berhajat untuk adakan lagi contest ini.

Anda berminat?

Jika anda berminat. Saya sediakan sedikit syarat-syarat mudah ni supaya anda boleh bersaing secara sihat.

Syarat-Syarat Komen Dan menang

  1. Anda boleh komen sebanyak mana komen yang anda mahu pada sesuatu artikel, tetapi hendaklah ada releven dengan artikel. Contoh saya buat artikel pasal pisang tapi anda komen pasal kereta. Jauh benar bezanya tu.
  2. Anda wajib ada blog samaada berbayar atau percuma untuk sertai kontest ini.
  3. Anda boleh komen dan reply mana-mana komen-komen orang lain. Tetapi komen seperti “k, baiklah, hehe” dan seumpannya akan ditolak.
  4. Tiada had limit anda nak komen berapa banyak. Komen lagi banyak lagi ada potensi boleh hadiah.
  5. Hanya sah dah layak komen pada blog ahmadfaiz.com sahaja. Walaupun saya ada banyak blog, blog lain-lain tak dikira.
  6. Komen anda hendaklah melebihi 15 komen pada setiap bulan untuk layak menang.

Cara Pengadilan Contest Ini Dan Hadiahnya

Seorang pemenang akan dipilih pada 28 atau 29 haribulan pada setiap bulan berdasarkan senarai “Paling Mesra Bulan Ini”. Anda boleh lihat di bahagian tepi blog ini.

Senarai nama paling atas adalah pemenangnya. Komen dan menang

Pemenang yang terpilih saya akan transfer terus sebanyak RM20 ke dalam akaun bank. Saya akan contact sendiri pemenang melalui blog. Jadi pastikan blog anda ada bahagian contact form untuk saya hubungi. Sila alert. Ini bertujuan untuk mengelakkan penipuan di mana orang lain yang tuntut hadiah tersebut.

Setiap bulan, saya akan tulis satu artikel di blog ini siapa yang menang untuk contest ini. Jadi di sini anda tahu samaada anda menang atau tidak.

Kelebihan Dan Tujuan Contest Ini

  1. Anda akan terima sebanyak RM20 setiap bulan. Ingat ya. Setiap bulan. Selain dari niat hadiah, saya niatkan untuk berkongsi sedikit rezeki yang saya dapat untuk anda.
  2. Dalam setahun tu, saya akan pilih sekali sahaja untuk berikan hadiah special. Contohnya RM50. Saya akan pilih random bila saya nak bagi hadiah special tersebut.
  3. Saya cuba nak eratkan hubungan silaturahim sesama blogger memandangkan saya sendiri tiada masa nak bermesra di blog orang lain (blogwalking). Jadi inilah caranya.
  4. Nak memeriahkan blog ini.
  5. Mana tahu anda boleh dapat traffik percuma dari blog saya.

Bersyukur

Saya harap contest ini dapat sambutan. Walaupun hadiahnya RM20, saya harap anda brsyukur. Ingat saya akan adakanya pada setiap bulan. Dan pada bulan yang bertuah, saya akan berikan hadiah special. Mana tahu hadiah special tersebut tu RM50 ke atau RM2.6 billion. 😀

InsyaAllah. Contest ini bermula sekarang… Pada setiap 28 atau 29 setiap bulan pemenang akan dipilih.

Apa lagi. Jom komen-komen sekarang! 🙂

***Halaman ini saya berhak untuk dikemaskini tanpa notis awal

2,276 total views, 4 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

37 Comments

    • insyaAllah….siapa ikut peraturan sy akan buat sampai bila2…RM20 je pun setiap bulan…yg penting sy akan kenal blogger yang komen di blog sy ni…sy sendiri tiada masa nak komen di blog org len…huhu..

  1. Assalammualaikum wbrt.

    Pertandingan Komen ini sangat bagus dan harus diteruskan serta dibuat oleh blogger blogger lain..di zaman yang serba canggih ni kita juga perlu menjaga hubungan silaturrahim sesama kita di samping bersama-sama menjana ekomoni kita. Pertandingan Komen ini adalah satu mekanisme yang boleh dianggap sebagai proses penambahbaikan (value add) perkongsian maklumat. Penulis blog sendiri dapat memahami keperluan pengunjung di samping dapat memberi cetusan idea baru di masa akan datang. Begitu juga dengan pengunjung blog turut sama mendapat perkongsian ilmu bagi mendalami keperluan sebenar mereka.
    Syabas kepada tuan Faiz Alias.

  2. Baru baca entri ini, jadi kira rajin komen di ruang blog ini…boleh…menang la ya…best tu, lepas ni saya akan bookmarks blog ni…ada saja update artikel perlu di komen….apa-apa pun…salam perkenalan di dunia blog daripada keladi

Leave A Reply

CommentLuv badge