Tips Buat Duit Di Instagram

17

Tips Buat Duit Di Instagram | Siapa yang tak ada lagi instagram? Jika korang belum ada lagi instagram pergi daftar cepat-cepat kerana banyak faedah dan manfaat yang korang boleh dapat daripada akaun instagram ni. Salah satunya faedah adalah korang boleh lariskan jualan dengan akaun instagram ni.

Hari ni aku nak ceritakan sikit tentang buat duit dengan instagram. Walaupun aku hanya dapat beberapa tempahan saja dari instagram dengan jualan printing baju aku, ianya cukup berbaloi aku rasa jika tak pernah dapat langsung. Tapi yang aku nak kongsikan pada kali ini adalah tentang seorang otai buat jualan hanya melalui akaun instagramnya.

Tips Buat Duit Di Instagram

Berikut tips-tips asas yang dapat aku kongsikan jika ingin buat jualan atau buat bisnes guna instagram.

1. Jangan Campurkan Akaun Peribadi dan Akaun Bisnes

Perkara asas yang korang mesti tahu dalam bisnes melalui instagram ni adalah korang jangan campur akaun peribadi dan akaun bisnes. Contoh di facebook lain. Ramai yang masih boleh buat jualan dengan menggunakan akaun peribadi di facebook. Tetapi di instagram tidak boleh buat macam facebook.

2. Jangan Campurkan Niche Jualan

Jika korang benar-benar ingin menampakkan hasil dan impak yang besar dengan bisnes melalui instagram ni, korang jangan campurkan niche jualan. Maksud di sini adalah, jika korang jual teddy bear, korang mesti jual teddy bear saja melalui akaun tersebut. Jangan pula duk campur dengan jualan baju atau sebagainya.

Bagi prospek anda fokus dengan apa yang anda jual.

3. Update Akaun Dengan Kerap

Ni sama juga dengan bisnes melalui fanpage. Jika anda kurang atau jarang update fanpage jualan anda, lama kelamaan page anda mencapai reach yang rendah dan boleh hilang potensi untuk buat jualan. Jika anda selalu update, maka reach akan menjadi lebih maintain dan tinggi.

Selain daripada itu juga, kebarangkalian prospek yang melihat update status akaun instagram anda berkali-kali akan membuatkan prospek pun lebih kerap melihat iklan anda. Jadi peluang untuk anda mendapat sales itu lebih tinggi.

4. Kenali Target Anda dan Follower

Bab ini yang sedang saya belajar sekarang dengan panduan manipulasi instagram. Follower yang berkualiti anda mesti perlukan dalam akaun Instagram anda. Berkualiti maksudnya di sini adalah prospek korang mestilah berumur 18 tahun dan keatas dan mereka semua ini mempunyai akaun bank sendiri.

Selain daripada itu juga, korang hendaklah memastikan bahawa barang atau jualan produk tersebut sesuai untuk lingkungan umur berapa. Barulah korang dapat sales lebih sikit.

Ni jualan baju aku kat…

jualan di instagram

5. Strategi Posting atau Ayat Jualan

Yang ni pun aku sedang belajar dari panduan manipulasi instagram. Korang jangan sangka create akaun instagram dan terus letak gambar boleh dapat jualan. Tak…

Korang juga mesti tahu akan strategi posting atau ayat jualan yang bakal korang tulis nanti. Nak tulis pula mestilah pandai mengayat atau mengarang. Bukan sekadar tulis penerangan produk tu, tapi juga kata-kata yang boleh menambat hati prospek anda.

Sebagai contoh korang jual teddy bear. Bukan korang sekadar tulis harga, saiz saja. Tulis ayat penambah perisa sikit seperti untuk siapa? Untuk event apa sesuai jika beli teddy bear ni, kenapa perlu beli dengan anda dan sebagainya. InsyaAllah dengan ayat-ayat penambah perasa ini boleh lariskan lagi jualan korang.

Ok. Itu saja tips yang aku nak kongsikan. Kepada yang dah dapatkan panduan manipulasi instagram, aku harap korang jangan buat separuh jalan. Biar berjaya seperti penulis tu juga. Selamat membuat duit di instagram.

3,712 total views, 3 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

17 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge