5 Kelebihan Mempunyai Niche Blog

5

5 Kelebihan Mempunyai Niche Blog – Jom kita kaji sejenak apakah niche blog kita semua. Cuba anda buka blog anda. Bolehkah anda nyatakan apakah niche blog anda? Tak tahu blog anda dalam niche apa? Tak tahu apa itu niche? Jom saya kupaskan isu ini untuk pengetahuan semua…

Maksud niche kalau mengikut pengetahuan saya sendiri dan dalam bahasa mudahnya adalah satu subjek atau tajuk apa yang kita fokuskan. Sebagai contoh niche blog anda adalah apa yang anda fokuskan dan anda cuba sampaikan dalam blog anda. Niche bisnes, niche travel, niche tutorial, niche peribadi, niche teknologi dan banyak lagi niche.

apa itu niche

5 Kelebihan Mempunyai Niche Blog

Ni ramai blogger yang terlepas pandang. Setiap blogger harus tahu apakah niche blog mereka supaya mereka tahu blog mereka lebih kepada arah mana. Gagalnya untuk ketahui niche blog anda, anda sebenar gagal untuk pandu blog anda ke arah yang betul.

Mari kita lihat apakah kelebihan mempunyai niche blog.

1. Mudah Untuk Membina Jenama

Blog yang mempunyai fokus niche mudah untuk membina jenama  berbanding blog yang mempunyai niche campuran. Mudah untuk saya berikan contoh di sini. Anda mungkin tahu laman web Amanz.my. Amanz.my adalah satu blog yang mempunyai satu fokus niche iaitu tentang dunia teknologi.

Dengan mempunyai niche fokus yang jelas, Amanz.my lebih mudah untuk membina jenama tersendiri dan mereka tahu untuk pandu blog tersebut ke arah yang betul sehingga dikenali ramai.

2. Disayangi Google

Google lebih menyukai sesuatu laman web yang fokus kepada satu benda sahaja. Bila disayangi google, laman web anda lebih mudah untuk berada di page pertama google.

Contoh saya berikan. Blog A menceritakan pelbagai jenis bisnes dan pemasaran. Manakala blog B pula hanya meceritakan dan fokus kepada pemasaran email sahaja. Apabila anda orang mencari maklumat pemasaran email, orang ramai akan lebih mudah menjumpai blog B di google. Sedangkan dalam blog A pun ada juga menulis tentang pemasaran email.

Ini kerana blog B mempunyai niche yang jelas dalam blog tersebut.

3. Menjadi Pakar Dalam Sesuatu Perkara

Kelebihan anda menulis niche blog yang fokus kepada satu benda sahaja adalah anda boleh jadi seorang pakar dalam bidang tersebut. Sekali lagi saya berikan contoh blog Amanz.my.

Jika anda ingin mengetahui segala teknologi-teknologi yang anda, tentu anda fikir bahawa yang pakar dalam bab teknologi adalah team Amanz.my. Ini kerana ramai yang jadikan blog tersebut sebagai rujukan serta dapatkan informasi tentang teknologi.

4. Mudah Tawarkan Servis

Jika anda mempunyai niche tersendiri dalam blog anda, anda sebenarnya lebih berpotensi untuk jadikan blog anda sebagai mesin duit. Sebagai contoh anda menulis tentang kemahiran anda dalam sesuatu bidang di dalam blog anda. Anda boleh tawarkan servis berkaitan dengannya.

5. Mempunyai Follower Berkualiti

Blog yang mempunyai niche yang fokus kepada sesuatu perkara anda akan mempunyai follower atau pengikut yang berkualiti.

Ini jaminan saya kepada anda. Mereka menjadi follower anda kerana mereka berminat dengan isi kandungan dalam blog anda. Jika anda jadikan follower anda ini dalam bentuk email list, anda tentu boleh jana duit melaluinya.

1,293 total views, 3 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

5 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge