Setiap Hari Adalah Hari Gaji Dari Blog

10

Setiap Hari Adalah Hari Gaji Dari Blog | Pada artikel ni, saya nak tulis secara santai-santai sebab saya agak dah jemu nak tulis secara formal. Jadi saya bahasakan diri “aku” dalam artikel ni.

Bagi aku, orang yang mempunyai blog ni orang yang sangat bertuah.  Ye la. Mana taknya. Setiap hari boleh asah bakat menulis. Tajamkan firkiran yang sempit, jauh berpandangan. Dan paling penting, dapat income tanpa diduga. Itulah bagi aku seorang blogger. Yang mana rasa tak ada blog lagi, aku rasa baik korang cepat-cepat pergi buat blog.

Nak asas blogging? Boleh cari dalam blog aku ni. Rasanya dah beratus-ratus aku tulis tentang kehebatan blogging, tips blogging dan asas dalam blogging.

Maaf aku katakan di sini. Kalau korang guna blog blogger.com, sini bukan tempat korang belajar sebab apa yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman aku menggunakan blog wordpress.

Screenshot aku tunjukkan bukan nak menunjuk tetapi aku nak bagi korang aura tentang kehebatan blogging ni. Aku tak kata aku hebat. Cuma aku nak tegaskan di sini dan nak buktikan bahawa blog memang boleh bagi aku duit setiap hari.

Hasil dari Maybank.

Hasil dari CIMB dan Public Bank biarlah rahsia…

Komisyen

komisyen 2

Cerita Dulu-Dulu Sebelum Aku Blogging dan Semasa Aku Blogging

Cerita dulu…

Buat pengetahuan korang, domain pertama dan blog pertama yang aku beli adalah FaizAlias.com. Bagi aku blog ni legend kerana dari blog ni lah punca aku kaut keuntungan dengan hasil jual ebook aku. Aku buat ebook dan aku promosikan di blog aku.

Walaupun tak ramai agen pada masa tu, aku mampu jual ebook aku tu hampir setiap hari tanpa jualan melalui agen! Ebook tu pula aku buat dua pakej RM80 dan RM100. Jadi keuntungan yang aku dapat pada masa tu dalam lingkungan RM80-RM100 sehari!

Tu jual ebook melalui blog. Belum lagi komisyen tempatan yang aku jana seperti Ashadee.com (dulu jomniaga) dan sebagainya.

Dari situ, idea aku datang mencurah-curah. Maka aku banyak beli nama domain dan buat website kononya aku boleh jadi kaya dengan serta-merta. Rupanya aku silap. Aku tidak ada masa nak buat semua. Kalau nak dikira, aku mempunyai 16 buah website dan blog. Tetapi kini aku hanya aktif 5 blog sahaja. Lima blog ni aku nak kekalkan.

Kalau korang dapatkan ebook aku, Panduan Buat Duit Blog (versi 3.0), ada juga aku ceritakan kisah-kisah aku gunakan blog blogger. Aku kena BAN! Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh dapatkan.

Lepas tu, aku cuba pula buat blog untuk international. Maksud aku di sini aku buat blog bahasa inggeris. Namun aku juga kecundang sebab tak ada masa dan nama domain yang aku pilih tu pula kena copyright.

Jadi sekarang, aku cuba buka planning balik dan buat slow-slow. Aku bina balik blog international dan cuba pula nak buat duit dari clickbank dengan kaw-kaw. Sampai bila nak  main negara Malaysia je kan?

Impian Aku Tercapai

Impian aku bukan saja nak buat duit dengan blog, tetapi aku juga nak bantu orang lain jana duit online dengan website aku sendiri. Dan kini aku sudah memilikinya. Kalau korang nak tahu, website tersebut adalah iLancee.com. Harap korang pernah dengar la sebelum ni apa tu iLancee.com.

Tak dinafikan juga, sebelum aku memiliki website ini, aku sudah banyak bina website lain sebelum ini. Kalau nak kira-kira aku dah habis banyak dah. Boleh beli dua iPhone 5s aku rugi. Rugi sebab aku buat tapi tak kesampaian.

Maaf jika artikel aku ni tak sama dengan tajuk. Jika korang baca balik apa yang aku nak kongsikan di sini, banyak pengajaran yang korang dapat sebenarnya. Antaranya adalah,

  1. Buat sesuatu biar sampai menjadi
  2. Jangan cepat putus asa
  3. Rugi dalam bisnes tu adalah pembelajaran
  4. Blog adalah senjata pemasaran paling hebat
  5. Blog adalah long term marketing
  6. Blog adalah pemasaran yang paling sesuai untuk newbie
  7. Kerana blog, inilah aku sekarang…

Ah…Malas nak cakap banyak lagi. Moga korang dapat sesuatu dari artikel ini. Ikhlas dari aku.

Belajar Dengan Dia Ni Kalau Nak Buat Duit Dengan Blog

@

Belajar sini

1,329 total views, 2 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

10 Comments

  1. wah hebatlah tahniah saudara faiz. mak jemah juga bercita-cita nak perkasakan blog, walaupun memang selama ni buat blog semata untuk sharing tentang supplemen dan aktiviti hariab, tp sejak dua menjak baru mak jemah rasa potensi blog ni harus dikembangkan lagi. sebab tu baru2 ni mak jemah dah mula tukar dari blogspot ke wordpress, lepas ni harap boleh gali banyak lagi ilmu di sini.
    Mak Jemah Jual Vitamin telah update artikel…Bacaan Gula Dalam Darah Ma Sudah Stabil, Setelah Berbelas Tahun Derita DiabetesMy Profile

Leave A Reply

CommentLuv badge