Apakah Kelebihan Perniagaan Ebook?

3

Apakah Kelebihan Perniagaan Ebook? | Ebook atau lebih dikenali sebagai elektronik book telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Jika dulu ramai yang terpinga-pinga bila sebut ebook, tetapi kini hampir semua sudah tahu apa itu ebook.

Ebook telah menjadi satu bisnes baru yang wujud pada masa kini. Ramai yang mula mengintai peluang bagaimana untuk buat ebook. Bukan mudah sebenarnya bagi mereka yang tidak cekal.

Tak mahu bercerita panjang. Di sini saya sengaja nak beritahu kepada anda apakah kelebihan perniagaan ebook ni.

bisnes ebook

Apakah Kelebihan Perniagaan Ebook?

Antara kelebihan  menjadi seorang usahawan ebook ialah:

1. Risiko Rendah

Jika ebook yang anda jual tidak laku, anda hampir tidak rugi apa-apa pun. Cuma masa anda yang telah banyak habis. Jadi anda tidak perlu rasa stress sangat jika ebook anda tidak terjual. Tak terjual mungkin anda tidak kena pada promosinya.

2. Kos Permulaan Yang Rendah

Ebook adalah satu-satunya bisnes online yang mempunyai kos permulaan yang rendah. Ini kerana anda hampir tidak mengeluarkan kos untuk membuatnya jika anda sendiri mahir dalam membina minisite dan sebagainya.

3. Kadar Keuntungan Tinggi

Ebook boleh menjadikan seseroang itu kaya dengan cepat. Ini kerana ia mempunyai kadar keuntungan yang tinggi! Jika anda menjual ebook anda dengan harga RM50, jadi keuntungan anda juga adalah RM50! Jika anda menggunakan agen, mungkin anda kena berkongsi 50% dengan agen anda.

Tak mahu beritahu siapa yang dah jual ebook boleh kaya-raya. Anda boleh tanya Mr. Google.

4. Semua Boleh Buat Ebook

Sesiapa saja boleh buat ebook dan jual! Saya bukan nak menggalakkan mereka yang tidak ada apa-apa kemahiran pun turut sibuk menjual ebook. Anda juga perlu pelajari sesuatu.

Sebagai contoh saya ambil di sini. Jika anda seorang chef, anda mungkin boleh buat ebook tentang resepi mee goreng basah terlajak, mee goreng kering, mee goreng ikan masin dan sebagainya. Anda boleh rakam dalam bentuk video atau ebook dan jual.

Mudah?

5. Potensi Pasaran Luas

Seperti kita tahu, ebook adalah dijual secara online. Jadi ia mempunyai pasaran yang sangat luas dan tidak terbatas dengan waktu dan sempadan.

Tetapi anda mesti ada target sendiri ebook anda untuk siapa dan negara mana. Jika anda target untuk negara Malaysia sahaja, saya cadangkan anda iklankan ebook anda di Ashadee.com dan juga Klikjer.com.

6. Pendapatan Pasif dan Autopilot

Secara tak langsung, anda sebenar boleh hasilakn duit secara pasif. Buat duit secara pasif ini bermksud anda buat kerja hanya sekali sahaja dan anda boleh mendapat hasil berkali-kali.

Tentu seronok bukan?

Kesimpulan

Ebook kini menjadi fenomena baru dalam bisnes online. Sesiapa pun boleh buat ebook seperti yang saya beritahu kepada anda di atas. Cuma anda nak tak nak sahaja. Jika anda ingin mempelajari buat ebook dan jual, anda boleh cuba cari di googel tentang Panduan Bisnes Ebook samaada panduan percuma atau berbayar.

1,061 total views, 5 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

3 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge