Best Tak Ada Smartfon Tiba-Tiba Dapat Notifikasi Jualan?

6

Best Tak Ada Smartfon Tiba-Tiba Dapat Notifikasi Jualan? | Semasa saya mulakan bisnes dulu, saya selalu berangan di mana saya berangan saya mempunyai sebuah smartfon yang canggih, tiba-tiba dapat notifikasi jualan dari pelbagai pihak. Duduk saja-saja pun boleh dapat duit orang kata.

Alhamdulillah. Hari ini saya semakin realisasikan impian saya. Walaupun tak banyak juta-juta, ia tetap rezeki. Ramai juga yang bertanya kan saya bagaimana saya buat?

Mari saya nak bongkarkan di sini.

Untuk ambil aura, di sini saya buktikan dulu kepada anda beberapa notifikasi jualan yang saya hasilkan pada hari ini hanya melalui “laman magik”.

notifikasi iphone

notifikasi jualan minisitemudah

Bagaimana Saya Lakukannya?

Anda perasan tak di atas ini saya ada kata yang saya hasilkan duit ini hanya melalui “laman magik”. Apa yang saya maksudkan di sini laman magik?

Laman magik yang saya maksudkan di sini adalah blog. Ya blog!

Kenapa saya namakan ia laman magik pula? Ini kerana hasil melalui blog bagi saya adalah autopilot di mana saya update hanya sekali sesuatu artikel dan boleh dapat jualan demi jualan pada setiap bulan hanya melalui artikel tersebut.

Saya namakan ia laman magik tu saja nak bagi gempak supaya anda tahu bahawa blog ni adalah sesuatu yang magik.

Cara Buat Duit Dengan Blog atau Laman Magik

Saya ringkaskan di sini bagaimana nak buat duit dengan blog ni. Saya berikan dalam bentuk point supaya anda mudah untuk menghadamkannya.

  1. Bina blog berbayar (wordpress).
  2. Rajin update artikel.
  3. Konsisten berblogging.
  4. Jangan cepat beralih blog lain jika belum dapat hasil.
  5. Pelajari asas SEO.
  6. Sekarang sudah ada Facebook. Ping artikel anda di group yang dibenarkan.
  7. Dan yang paling penting sekali adalah “ILMU”

Harap dengan tujuh point ni sudah cukup untuk anda buat duit dengan blog. Nampak mudah kan? Nak realisasikan tu memang cukup payah bagi orang yang tidak kuat semangat.

Berdasarkan tujuh point di atas, saya nak tekankan pada nombor lima dan nombor tujuh.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya juga banyak hasilkan duit hanya melalui SEO di mana orang taip kata kunci tertentu dan orang tersebut jumpa blog saya di page pertama google. Dari situ, untuk dapatkan jualan produk yang saya promosikan tu cukup tinggi berbanding saya promote sesuatu artikel di facebook.

Jadi saya nak tekankan kepada anda di sini, pelajarilah asas SEO. Tak perlu pelajari sampai master ataupun jangan tak pelajari langsung. Bagi saya, saya masih tahap newbie dalam SEO ni. Jika saya nak pelajari semuanya, memang tak cukup masa.

Point yang ketujuh pula adalah ilmu. Apa jua perkara yang anda ingin lakukan, ilmu adalah nombor satu. Ilmu dalam blogging ni banyak jika saya nak senaraikan di sini. Jadi nak tak nak, anda perlu cari buku, ebook, pelajari di youtube dan sebagainya. Kalau malas sangat nak cari ilmu kat google dan sebagainya, boleh dapatkan panduan Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog.

Semoga anda dapat sesuatu dari artikel ini.

1,095 total views, 5 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

6 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge