Kesabaran – Buat Duit Online

10

Kesabaran – Buat Duit Online | “Saya dah buat blog tapi hasil pun tak nampak lagi” kata seseorang kepada saya. Sabar! Itu saja yang mampu saya berkata-kata. Nak buat duit dengan blog memerlukan kesabaran. Bukan buat hari ini esok lusa dah dapat hasil.

Sejarah terpantas yang pernah saya rekod mula hasilkan duit melalui blog adalah dalam tempoh tiga bulan. Dari itu, blog mula menjadi mesin duit kepada saya. Itu pun setelah saya bertukus lumus menghantar trafik ke dalam blog. Zaman sekarang dah ada banyak laman sosial, jadi apa masalah nak dapatkan pembaca sekarang ni.

Dan duit komisyen pertama yang saya dapat dari blog adalah dari program Ashadee (dulu dikenali sebagai jomniaga)

Kesabaran – Buat Duit Online

Rilek dan bertenang. Masa muda-muda ni, orang kata jangan terlalu nak cepat dapatkan duit tetapi belajarlah dulu cara bagaimana nak dapatkan duit. Caranya, pergi cari guru, pergi seminar atau beli ebook yang berkaitan apa yang anda minat dalam bisnes online. Sebagai contoh jika anda nak panduan asas cara buat duit dengan blog, boleh dapatkan Panduan Buat Duit Blog.

komisyen dari ashadee

Komisyen dari ashadee untuk hari ini. Cukup la ni. Lagipun saya bukan la otai nak buat duit yang banyak dari internet. Tapi betul ke blog ni boleh buat duit kepada kita dengan pendapatan yang pasif?

Saya rasa sudah cukup banyak cara yang saya tulis di dalam blog ini bagaimana nak buat duit dengan blog.

Mungkin bagi anda komisyen di atas adalah sebagai komisyen yang ciput, tetapi bagi saya sebagai seorang blogger newbie, ia sudah cukup jika nak buat buat bayaran hosting blog ini tiap-tiap tahun.

buat duit dengan blog

Kalau betul anda nak buat duit melalui blog, sepatutnya anda tak perlu lagi nak ragu-ragu dan email saya bermacam-macam soalan bagaimana nak buat duit dengan blog.

Kadang-kadang pening juga saya nak menjawab soalan yang bermacam-macam jenis.

Kalau anda nak buat duit dengan blog, silalah rajinkan diri untuk baca artikel-artikel yang lepas saya di dalam blog ini. Banyak yang saya telah tulis pasal buat duit dengan blog ini secara percuma sahaja.

Tiga Cadangan Panduan Nak Buat Duit Dengan Blog

Ini adalah cadangan saya sendiri jika anda berminat nak buat duit dengan blog. Harap lepas ni tak ada lagi dah yang tanya saya bagaimana nak buat duit dengan blog.

  1. Ashadee.com Program
  2. Panduan lengkap Buat Duit Dengan Blog
  3. Kitab SEO Merah Jambu

Jika anda adalah sangat-sangat newbie dalam dunia blogging, pilihan kedua adalah saranan saya untuk anda. Jika anda dah expert sikit dalam pernah bermain dengan blog, pilihan 1 dan pilihan 2 saya sarankan untuk anda.

Saya sudah berikan anda detail tentang cara nak buat duit dengan blog beserta dengan panduannya sekali. Tindakkan yang seterusnya adalah dari anda sendiri.

Tak ada gunanya anda membeli 100 buah buku dan berguru dengan berpuluh-puluh guru pun jika anda tak pernah cuba nak ambil tindakan yang pantas.

Jadi, bertindaklah dengan pantas dan hasilpun akan datang dengan pantas.

2,044 total views, 13 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

10 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge