Theme Mashable Bantu Tingkatkan Pendapatan Adsense

10

Theme Mashable Bantu Tingkatkan Pendapatan Adsense | Sebelum ini saya pernah ada kongsikan kepada anda di blog saya tentang blog yang jana pendapatan paling tinggi dengan adsense. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Jika anda nak tahu blog yang paling tinggi menjana pendapatan dengan adsense adalah blog Mashable.

Mashable merupakan salah satu blog yang berjaya menjana jutaan ringgit setiap bulan hanya dengan pengiklanan di blog samaada melalui google adsense dan juga pengiklanan dari individu. Mashable adalah satu-satunya blog yang menjana pendapatan tertinggi dengan Google Adsense iaitu lebih kurang USD650,000 setiap bulan.

Cuba anda perhatikan susunan dan layout theme blog Mashable. Ianya begitu unik berbanding dengan blog yang lain. Susunan blog tersebut menjadikan orang lain keliru samaada ianya iklan atau artikel. Jadi, secara tidak langsung akan meningkatkan bilangan klik pada iklan di blog tersebut.

mashable hompage

Theme Mashable Bantu Tingkatkan Pendapatan Adsense

Pada kali ini, saya nak kongsikan kepada anda satu theme wordpress yang boleh anda bangunkan sendiri untuk menjadikan seperti blog Mashable.

Theme WordPress yang saya maksudkan tersebut adalah theme Mogoze.

Untuk lihat demo theme tersebut, anda boleh klik sini.

Ciri-Ciri Menarik Theme Mogoze

Cuba anda lihat sendiri demo theme Mogoze. Ianya 95% lebih kurang sama dengan theme blog Mashable yang diguna pakai. Di sini saya senaraikan sedikit ciri-ciri menarik yang ada pada Theme Mogoze ni.

klon mashable

Ciri #1: Google Snippet dan Review Sistem

Theme ini telah dilengkapi dengan Google Snippet untuk menjadikan theme ini lebih mesra SEO. Anda boleh monitor sendiri bagaimana anda nak ringkaskan artikel anda di mata Google.

mogoze

Ciri #2: Rekaan Coding Theme Yang Laju

Mogoze menawarkan ciri-ciri blog yang mesra pengguna kerana ia direka khas dengan coding yang membantu melajukan sesebuah website.

Mogoze 3

Ciri #3: Jobs Menawarkan Pekerjaan

Jika anda adalah syarikat besar yang menggunakan Theme ini, tentu anda nak tawarkan kerja untuk orang ramai. Jadi Theme Mogoze ini ada menyediakan fungsi ini.

Mogoze 4

Ciri #4: Blog Post

Theme ini banyak fungisnya. Anda boleh jadikan blog post seperti biasa dan juga anda boleh buat seperti blog majalah.

Mogoze 5

Ciri #5: Terjemahan

Dengan Theme ini, anda boleh terjemahkan dalam pelbagai bahasa. Sesuai jika anda nak buat program adsense anda. Nak ubah bahasa dengan hanya sekali klik sahaja.

Mogoze 7

Ciri #6: Shortcode

Dengan shortcode yang disediakan, dengan mudah anda boleh bina blog anda dengan lebih menarik lagi. Contohnya anda boleh letak butang “klik sekarang” dan sebagainya.

Mogoze 8

Ciri #7: Pemasangan Mudah

Hanya dengan beberapa klik sahaja, anda sudah mula boleh pasang blog anda dengan mudah seperti yang ditunjukkan dalam DEMO.

Mogoze 10

Kesimpulan

Inilah tema blog klon daripada Mashable di mana mereka menjana pendapatan USD650K dalam masa sebulan hanya dengan adsense. Layout theme ini telah membantu mereka yang ingin menjana pendapatan dengan Adsense.

Jika anda berminat nak dapatkan Theme ini, Klik Sini Dapatkan Theme Mogoze

2,259 total views, 5 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

10 Comments

  1. Baik saya pakai Kuntao Software yg lebih hebat….buatan anak Malaysia lagi…..dan yg paling best ader satu skrip untuk keywords yg dicerap oleh Google….

Leave A Reply

CommentLuv badge