Apa Itu Pendapatan Pasif dan Aktif

7

Apa Itu Pendapatan Pasif dan Aktif | Tentu ada pernah dengar ayat yang berbunyi “Rahsia Kekayaan Sebenar Adalah Pendapatan Pasif”. Ini bermkaksud, sesiapa yang tergolong dan mempunyai pendapatan pasif, mereka selalunya akan lebih kaya berbanding mereka golongan yang mempunyai pendapatan aktif.

Rahsia orang bebas kewangan adalah golongan yang mementingkan pendapatan pasif. Betul atau tidak?

Mari kita lihat contoh mereka yang tergolong dalam golongan pendapatan pasif.

  1. Bill Gates – Membina software Microsoft hanya sekali sahaja dan berjuta-juta orang dari seluruh negara membeli software tersebut darinya.
  2. Mark Zukerberg – Mempunyai laman website sosial paling popular iaitu Facebook. Hanya melalui facebook, Mark mendapat pendapatan pasif hanya dengan menawarkan iklan di Facebook. Setiap hari ada saja orang bayar untuknya.
  3. Steve Jobs – Membina telefon pintar paling canggih, iPhone. Hanya hasilkan idea sekali sahaja dan berjuta-juta manusia membeli telefon hasil dari ideanya.

Dan banyak lagi kalau saya nak senaraikan beberapa billionair yang mempunyai pendapatan pasif sendiri. Kesemua daripada mereka tidak pun mempunyai pendapatan aktif.

Apa Itu Pendapatan Pasif dan Aktif?

Pendapatan Pasif

Pendapatan pasif adalah pendapatan di mana anda hasilkan kerja anda hanya untuk kali pertama sahaja dan ianya memberikan pulangan yang lumayan kepada anda selama-lamanya tanpa anda perlu buat kerja lagi selepas itu.

income

Sebagai contoh anda membina applikasi telefon dan anda jualkannya melalui Google Play atau Apps Store. Hanya dengan sekali kerja saja anda buat dan anda akan terima hasil yang berterusan.

Di bawah ini pula saya senaraikan kepada anda beberapa pekerjaan yang menjadi pendapatan pasif.

  1. Penyayi – Penyayi akan sentiasa mendapat royalti setiap album yang berjaya dijual.
  2. Penulis Novel dan Buku– Penulis novel juga akan sentiasa mendapat royalti secara berterusan selagi novel dan buku mereka terjual.
  3. Pembina Applikasi – Jika anda seorang programmer, bina satu applikasi yang mempunyai permintaan ramai dan jualkannya melalui Google Play dan Apps Store.
  4. Pemasar Afiliate – Golongan yang buat bisnes online dengan menyertai program affiliate, mereka akan sentiasa menerima komisyen selagi produk yang mereka promosi terjual.
  5. Blogger – Golongan blogger selalunya akan mempunyai pendapatan pasif mereka sendiri kerana pendapatan seorang blogger ini mempunyai banyak cabang seperti affiliate, advertorial, pengiklanan dan sebagainya.

Pernah ada orang tanya saya bagaimana nak jadi penulis buku? Saya kurang ilmu dalam bab ini bagaimana nak menjadi seorang penulis buku. Saya pun terangkan kepada beliau bahawa menjadi seorang penulis buku memang cepat terkenal tetapi royalti daripada setiap buku yang terjual adalah sangat kecil.

Paling mudah jika anda nak jana pendapatan pasif adalah dengan membina produk digital sendiri. Salah satunya anda mungkin boleh buat ebook anda sendiri dan jana pendapatan melaluinya.

Pendapatan Aktif

Untuk pendapatan aktif pula, mudah saja saya mendefinisikan di sini. Pendapatan anda bergantung sejauh mana anda buat kerja anda. Jika anda kerja lebih maka pendapatan anda pun akan jadi lebih. Jika anda buat kerja kurang, pendapatan anda pun turut menjadi kurang.

Untuk lihat contoh pendapatan aktif ini, anda lihat sekeliling anda. Ada yang sedang kerja potong rumput. Ada yang sedang jual air tepi jalan, ada yang ambil uph cuci kereta dan sebagainya.

Nak paling senang lagi lihat orang yang kerja makan gaji di pejabat. Kalau lah mereka tak bekerja makan tak dapatlah gaji pun.

Nak saya senaraikan lagi? Di bawah ni saya senaraikan golongan-golongan yang berpendapatan aktif.

  1. Cikgu/Pensyarah
  2. Doktor
  3. Peniaga Kecil
  4. Peguam
  5. Nelayan

Dan banyak lagi lah golonga yang kerja berpendapatan aktif ni.

Kesimpulan

Di sini bukan saya nak memburuk-burukkan dan menidakkan golongan yang berpendapatan aktif tetapi untuk memberikan penerangan kepada anda sahaja bahawa selain kita mempunyai pendapatan aktif, cubalah juga untuk kita mempunyai pendapatan pasif.

Harap penerangan saya yang serba ringkas ini akan membantu anda untuk memahami dengan lebih lagi apa itu pendapatan pasif dan apa itu pendapatan aktif.

2,953 total views, 2 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

7 Comments

  1. Pingback: Bagaimana Nak Jana Pendapatan Pasif RM50 Setiap Hari - ahmadFaiz.com

Leave A Reply

CommentLuv badge