Bagaimana Ingin Memulakan Sebuah Blog Yang Berjaya

16

Bagaimana Ingin Memulakan Sebuah Blog Yang Berjaya | Sekarang ini sudah banyak blog-blog baru diwujudkan di Malaysia. Ada bertujuan untuk membina pendapatan dengan adsense, ada yang nak buat perkongsian ilmu, tips, tutorial, ada yang nak buat tempat meluahkan perasaan dan sebagainya. Tapi sayang jika anda buat blog tetapi tidak mampu buat duit melalui blog.

MAYBANK2U

Ramai orang yang berfikir bahawa nak buat duit melalui blog adalah perkara yang mudah bila lihat si blogger tu jana empat angka sebulan melalui blog saja. Sebab itu banyak blog yang baru diwujudkan dan tidak lama selepas itu terbiar. Buangkan jauh-jauh sikap fikiran anda yang tidak realistik tersebut. Secara realitinya, buat duit melalui blog bukanlah mudah seperti yang disangka. Tapi jadi mudah jika ada ilmu.

Hasil pengalaman saya semasa pertama kali blogging dulu, saya mengambil masa selama tiga bulan secara konsisten update blog untuk menjana pendapatan melaluinya.

Persoalanya, mampukah anda untuk konsisten update blog dan buat sedikit promosi selama tiga bulan sehingga blog yang anda hasilkan berjaya?

Hari ini saya akan cuba kongsikan kepada anda hasil dari pengalaman setahun jagung saya bagaimana ingin bermula sebuah blog. Jika anda teringin memulakan sebuah blog, artikel ini amat berguna untuk anda.

1. Pilih Topik Blog Berkaitan Dengan Apa Yang Anda Minat

Dalam bab ini, ramai yang pilih topik blog tidak berkaitan dengan minat dan kerjaya mereka. Mereka pilih tajuk blog kerana menganggap tajuk dan topik tersebut boleh mendatangkan hasil, pelawat dan duit yang banyak. Inilah kesilapan besar.

Cuba fikirkan apa yang anda minat dalam hidup ini. Pengembaraan? Makanan? Teknologi? Bisnes? Tutorial? Mulakan sebuah blog yang anda rasakan bahawa anda tidak akan pernah hilang minat padanya. Nak mulakan blog tentang kisah hidup anda? Tiada masalah. Pastikan apa yang anda ceritakan tersebut memberi manfaat dan input kepada orang ramai.

Paling mudah dan senang, ikut kerjaya anda.

bagaimana nak buat blog berjaya

2. Pilih Nama Domain dan Hosting Yang Tepat

Pilih Nama Domain

Pemilihan nama domain juga memainkan peranan yang penting dalam berjayanya sesebuah blog. Tersilap memilih nama domain menyebabkan anda berasa kurang semangat untuk update blog anda.

Di sini saya berikan kepada anda beberapa idea untuk pemilihan nama domain. Sebagai contoh anda minat dalam menulis tentang wordpress tutorial, anda mungkin boleh letakkan nama domain yang berkaitan dengannya seperti wptutorial.com, wptutorial.my, tutorialwp.com dan sebagainya. Jika dalam blog anda bercampur macam-macam seperti blog ahmadFaiz.com, lebih baik anda letakkan nama anda sendiri.

Pilih Hosting

Untuk pemilihan hosting, saya hanya cadangkan kepada anda tiga pilihan sahaja iaitu NetKL, SempoiHosting dan juga ArviXe. Ketiga-tiga ini saya telahpun mendapatkan perkhidmatannya dan ianya sungguh memuaskan dari segi support dan harga. Untuk bacaan lebih lanjut, sila baca artikel saya Hosting Pilihan Sepanjang Zaman.

3. Gunakan Design Blog Professional

Design blog yang responsive dan kelihatan professional akan mengubah persepsi orang ramai kepada anda bahawa anda adalah seorang blogger yang serius dan seorang yang pakar.

Saya cadangkan sila pilih tema blog yang telah saya cadangkan. Sila baca artikel asal yang saya tulis bertajuk Tema WordPress dan Plugin Pilihan di iLancee.com.

Kesemua tema-tema di sini mempunyai design yang professional dan mampu menjadikan anda sebagai seorang blogger yang terhebat.

Cuba elakkan guna tema wordpress yang ada percuma di google kerana tema-tema percuma mempunyai masalah dalam SEO dan boleh melambatkan blog wordpress anda.

4. Artikel Yang Unik dan Menarik

Bagaimana nak dapatkan artikel yang unik dan menarik? Persoalan ini selalu menjadi tanda tanya kepada mereka yang ingin menceburi diri dalam industri blog.

Caranya tak susah. Anda perlu tulis sesuatu info yang memberikan manfaat dan input kepada orang lain. Gaya bahasa mengikut gaya anda tersendiri. Baru artikel anda nampak sempurna dan segar.

Cuba dapatkan pelawat yang berulang di blog anda dengan artikel-artikel yang menarik anda hasilkan. Pastinya anda mampu menjana pendapatan melalui blog.

5. Menulis Secara Konsisten

Bab ini yang paling ramai kecundang dalam industri blog. Mereka hanya mampu menulis dan bersemangat pada awalnya tetapi akhirnya blog jarang di update. Ini boleh menyebabkan pelawat semakin hari semakin kurang pelawat.

Bagaimana nak menulis secara konsisten?

Seperti yang saya katakan tadi, semasa nak memilih buat blog, pilih niche berkaitan dengan minat anda bukannya anda tengok blog orang lain niche teknologi boleh buat banyak duit lalu anda pun buat blog niche teknologi sedangkan anda tidak tahu langsung apa itu andorid dan apa itu iOS.

 6. Bina Senarai eMail

Bab ini mungkin perlu bajet lebih kerana anda perlu melanggan autoresponder seperti aweber dan sebagainya. Namun ada juga yang percuma seperti subscribe RSS, namun widget subcribe RSS anda tidak mampu buat banyak benda.

Untuk serius anda bina hubungan dengan pelawat blog anda, saya sarankan anda menggunakan khidmat dari AWeber. Untuk penerangan lebih lanjut mengenai AWeber, sila baca artikel “Tak Kenal Maka Tak Cinta – Kenali AWeber“.

 7. Bina Hubungan Dengan Pelawat

Bagaimana nak bina hubungan dengan pelawat. Tips ini mungkin ada kaitan dengan tips no. 6. Di sini anda perlukan sebuah autoresponder yang canggih supaya setiap sucscriber anda, anda boleh bertanyakkan khabar mereka melalui email.

Boleh ucap selamat hari raya, boleh ucap selamat hari guru dan bermacam-macam lagi untuk bertanya khabar kepada subsciber anda. Inilah cara untuk membina hubungan dengan pelawat.

8. Pasarkan Blog Anda

Bagaimana nak memasarkan blog? Secara ringkas saya berikan anda tiga jenis pemasaran blog yang selalu blogger buat.

  • SEO
  • Blogwalking
  • MediaSosial

Penerangan secara ringkas.

Apa itu SEO?

SEO adalah Search Engine Optimization di mana apabila ada orang search di google dengan perkataan tertentu, mereka akan menjumpai blog anda di page pertama di google.

Apa itu blogwalking?

Blogwalking adalah sejenis pemasaran dengan meninggalkan komen di blog orang lain.

Apa itu pemasaran media sosial?

Postkan setiap artikel yang anda tulis di facebook, google+, twitter, pintrest dan lain-lain lagi.

9. Monitizekan Blog Anda (Gandakan Pendapatan)

Gandakan cara pendapatan blog anda dengan tawarkan servis di blog anda. Sebagai contoh jika anda mempunyai kemahiran dalam membina blog, cuba tawarkan servis ini di blog anda.

Anda ada buat ebook? Ini lagi bagus. Jual ebook anda sendiri melalui blog anda. Jual ebook diri sendiri lebih mudah dan cepat.

10. Ambil Masa Untuk Enjoy!

Tips menjadi serang blogger, bukannya menghadap komputer 24 jam. Tetapi semakin banyak masanya untuk bersama dengan orang lain dan diri sendiri.

aku mandi pantai

Enjoy untuk rehatkan minda supaya dapat menghasilkan artikel yang segar, unik dan inovatif

p/s: Nak buat duit melalui blog? KLIK SINI | Nak buat duit dengan eBook? KLIK SINI

2,277 total views, 2 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

16 Comments

  1. nak try jd travelog tp 1 ape pn tk tau..aduhai..nak jd mcm mereka2 yg mengembara tanpa pkir kehidupan yg semakin membebankan ni..smbil2 travel smbil tulis blog..lbey kurang mcm minat kita la..ade cadangan tak sifu? mcmne nak memulakan kehidupan sbg seorang pengembara yg berjaya smbil buat blog yg sukses 🙂

    • pertama skali, saya ni bukan sifu…biasa2 je… 😀 … nak hidup sebegai seroang pengembara ni bukanlah mudah jika kita ni mmg asal dari langsung xde duit…lain la kalau mak bapak dah kaya…boleh bagi modal semua…nak tak nak, bermula lah dari sekarang dan berazam…dalam masa 3 tahun jika buat bersungguh boleh jer…InsyaAllah…

Leave A Reply

CommentLuv badge