Lima Sistem Komen WordPress Yang Awesome

9

Sejak tahun 2013 WordPress di lancarkan, sistem komen yang digunakan dalam blog wordpress adalah sama sehingga kini. Antara keburukkan sistem komen yang disediakan oleh blog wordpress adalah senang untuk di spam.

Kali ini saya nak tunjukkan kepada anda beberapa cara di mana anda boleh menukar sistem komen pada wordpress anda kepada sistem komen yang lain.

1. Facebook

Facebook merupakan laman web kedua yang paling banyak di kunjungi selepas laman web Google dan Facebook juga adalah media sosial nombor satu di dunia.

Jadi adalah sangat rugi jika anda tidak manfaatkan kotak komen facebook ini untuk dipasang pada blog anda.

facebook 1

Kebaikkan meletakkan kotak komen facebook di blog adalah “viral“. Jika ada seseorang meninggalkan komen di artikel blog anda, secara tidak langsung di news feed friend pengomen tersebut akan muncul bahawa kawan mereka tersebut telah meninggalkan komen di blog anda. Kemungkinan untuk kawan mereka klik masuk ke blog anda adalah tinggi.

2. Google+

Google+ juga merupakan salah satu media sosial yang terkenal tetapi kebanyakkan ramai rakyat Malaysia tidak manfaatkannya. Jika di luar negara, Google+ merupakan salah satu media sosial yang agak penting untuk pemasaran produk dan bisnes mereka.

Seperti Facebook, Google+ juga mempunyai sistem komen tersendiri di mana anda boleh pasangkannya di dalam blog anda.

google-plus

Untuk pasang kotak komen Google+ pada blog anda ia sebenarnya tiada plugin rasmi dari Google sendiri. Namun anda boleh mencuba plugin Google+ Comment dan WordPress Google Plus Comment.

Jika anda perhatikan, pelawat boleh berbalas komen di antara satu sama lain.

3. Disqus

Disqus adalah salah satu yang plugin komen yang paling popular yang di pasang pada blog. Ia mempunyai reka bentuk yang responsif untuk dilihat pada desktop, tablet dan telefon bimbit.

Ciri-cirinya adalah boleh berbalas komen, subscribe komen melalui RSS, kemas kini melalui e-mel dan login melalui Facebook, Google + dan Twitter.

disqus

Disqus mempunyai ciri-ciri yang menarik pada bahagian admin. Pada bahagian admin, ia boleh menyenarai hitam dan putih pengomen, menapis komen berbentuk spam dan sebagainya. Plugin ini mungkin sesuai untuk digunakan dalam blog yang berbentuk politik kerana senang untuk berbalas komen.

Anda boleh install plugin DISQUS wordpress plugin di sini.

4. LiveFyre

Saingan utama kepada Disqus adalah LiveFyre. Ia digunakan oleh kebanyakan laman web terkemuka seperti Mashable dan Engadget.

LiveFyre menunjukkan masa yang sebenar, mobile user friendly, login media sosial, sokongan multimedia, dan komen notifikasi.

livefyre

Seperti Disqus, ke semua komen akan di simpan dalam database website anda. Ini bermakna, jika anda ingin menukar kembali kotak komen default yang telah disediakan oleh worpdress, komen di blog anda tidak akan hilang. Ia tidak sama seperti kotak komen Google+ dan Facebook kerana ia tidak di simpan dalam database.

Install di sini LiveFrye WordPress Plugin.

5. Vicomi

Vicomi merupakan plugin komen yang kurang dikenali kerana banyak kekurangan padanya. Antaranya adalah ia tidak dapat disokong oleh kebanyakkan media sosial yang lain. Walaubagaimanapun, untuk mereka yang suka komen melalui telefon bimbit vicomi adalah user friendly.

vicomi

Vicomi WordPress Plugin telah disediakan dengan emotic icon untuk memudahkan pengomen atau pembaca memberitahu artikel tersebut boleh membuatkan mereka berasa Intellectual, Worisome, Funny, Question dan Maddening.

Keseluruhan

Adakah anda rasa plugin tersebut perlu di pasang pada blog anda untuk menggantikan sistem komen yang sedia ada pada WordPress?

Seperti yang kita tahu, komen dapat meningkatkan alexa blog kita dengan lebih cepat kerana ia akan mendapat perhatian dari google kerana blog kita di anggap penting dan mempunyai isi yang bermanfaat. Tetapi komen tersebut mestilah di simpan dalam database kita sendiri.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan plugin komen dari Facebook dan Google+ ia tidak mendapat perhatian daripada google kerana komen tersebut tidak akan disimpan dalam database blog anda. Tidak seperti LiveFyre dan Disqus di mana komen akan disimpan dalam database blog anda.

Sebelum anda bercadang untuk memasang plugin komen yang lain selain yang telah disediakan oleh wordpress, fikirkan yang mana terbaik mana satu yang sesuai untuk blog anda.

270 total views, 2 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

9 Comments

    • apa yang saya tahu….ia tidak memberatkan page sebab letak plugin komen facebook ia dihostkan pada facebook…bukan hosting kita…tapi ia tidak membantu dalam rangkin di google.. 🙂

Leave A Reply

CommentLuv badge