Bahagian 3: Website Buat Duit Dengan Menulis

3

Buat duit dengan menulis. Ini adalah sambungan Bahagian 1 dan Bahagian 2 yang saya tulis sebelum ini. Cadangan saya, sila baca dahulu Bahagian 1 dan Bahagian 2.

11. Yahoo! Distributor

Anda boleh mendaftar secara percuma untuk menjadi Yahoo! Distributor di mana anda boleh mencari tugasan pada setiap hari untuk menulis dan sumbangkan artikel kepada Yahoo!. Kebanyakan tugasan ini menawarkan bayaran pendahuluan antara $ 2 hingga $ 25 (dan kadang-kadang lebih).

Semua pembayaran diproses melalui PayPal. Kandungan yang ditulis oleh anda dikongsi akan pada subdomain Yahoo yang lain seperti Yahoo! News, Shopping, Voice, Sports, dan lain-lain. Nak tahu subdomain Yahoo! anda boleh layari www.yahoo.com.

buat duit dengan menulis

buat duit dengan menulis

12. Digital Journal

Digital Journal adalah tempat di mana anda boleh menyumbang artikel blog dan berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan dengan membincangkan serta membahaskan berita dan isu terkini. Lebih banyak anda menulis artikel, lebih banyak anda akan dapat bayaran.

Pembayaran dilakukan melalui PayPal. Untuk lebih jelas, anda boleh baca sendiri di sini bagaimana anda boleh buat duit dengan Digital Journal.

buat duit dengan menulis

buat duit dengan menulis

13. About.Com

About.com adalah sebuah laman web sangat terkenal yang mungkin anda tidak ketahuinya. Pernah dengar tetapi tidak tahu apakah About.com ni.

Untuk menjadi penulis mereka, anda terpaksa menjalani dahulu beberapa tapisan sebelum anda diterima menjadi penulis untuk mereka. Tidak disebut tentang berapa banyak yang anda perolehi daripada hasil tulisan anda tetapi mereka akan bayar pada setiap bulan.

buat duit dengan menulis

buat duit dengan menulis

14. Xomba

Xomba adalah pengumpulan artikel hanya dalam kategori Hiburan, Rumah, Penulisan, Sains & Sejarah, News & Politics, Teknologi dan Hidup. Setiap hasil tulisan anda yang dihantar, secara automatik iklan google adsense akan diletakkan ke dalam artikel anda.

Hasilnya pula, anda akan mendapat 40% sahaja daripada artikel anda. Anda boleh keluarkannya setelah ia melebihi $100.

buat duit dengan menulis

buat duit dengan menulis

15. Wizzely

Di Wizzley anda boleh menjana pendapatan dalam beberapa cara yang berbeza. Selain pendapatan dari Google AdSense, anda boleh buat satu reiew tentang produk amazon dalam artikel anda, dan anda akan menerima komisen jika salah satu produk terjual melalui artikel anda.

buat duit dengan menulis

buat duit dengan menulis

Untuk bahagian 3, setakat ini dahulu yang mampu saya kongsikan. Untuk bahagian akhir iaitu bahagian keempat, saya akan kongsikan pula dalam masa terdekat ni.

Untuk kesemua website di atas, pilih salah satu mana yang rasa bersesuaian dengan anda. Dalam bahagian 4, saya akan rekomenkan kepada anda website mana yang perlu anda buat untuk jana pendapatan melalui penulisan ni.

Sekian.

5,371 total views, 2 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

3 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge